KUALA LUMPUR — #GrabDurian kini kembali! Kali ini, Grab memberi peluang kepada peminat durian menikmati kelazatan Durian D24 yang dihantar ke depan pintu rumah mereka serendah satu mata GrabRewards untuk ahli Platinum dan 200 mata GrabRewards untuk pengguna biasa, mulai Sabtu 11 pagi hingga 7 malam sahaja.
Penyedia perkhidmatan e-hailing, dalam satu kenyataan hari ini, berkata apa yang perlu dilakukan semua pengguna adalah untuk berlumba mengumpul sebanyak mungkin mata yang boleh dengan menempah lebih banyak perjalanan dan menggunakannya untuk menebus Raja Buah berkenaan.
“Setiap RM1 yang dibelanjakan untuk perjalanan secara tunai membolehkan pengguna Grab mendapat 5 mata, manakala mereka yang membayar melalui GrabPay akan menerima 10 mata bagi setiap RM1. Lebih banyak perjalanan yang dibuat melalui GrabPay, bermakna lebih pantas para pengguna boleh meningkatkan jumlah mata yang dikumpul.
“Namun sudah tentu Grab tidak berhenti setakat itu. Malah, kali ini kami membawa tanda perniagaan kami #GrabDurian di luar Lembah Klang, dan memperluaskannya kepada peminat durian di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuantan, Kota Kinabalu dan Kuching,” menurut kenyataan itu.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.grab.com.my/blog/durian2017. — BERNAMA