Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Kecoh Di Parlimen: Serah...

KUALA LUMPUR - Sepuluh individu yang dikaitkan dengan kekecohan di perkarangan bangunan Parlimen...

Model Bogel Page 3...

BEKASƂĀ model halaman gadis Page 3 bagi portal The Sun di Britain, Kimberley Miners,...

Mourinho Dedah 3 Pemain...

JOSE Mourinho yakin Manchester United akan berdepan masalah jika mereka hanya fokus merantai...

Konsep Bangsa Johor Bukan...

JOHOR BAHRU - Konsep Bangsa Johor bukan berniat memecahbelahkan rakyat sebaliknya ia bertujuan...

Duterte Tidak Akan Setuju Pertukaran Tebusan

MANILA – Presiden Filipina Rodrigo Duterte menolak kemungkinan membenarkan militan yang mempunyai kaitan dengan Daish melarikan diri dari bandar di selatan negara itu sebagai pertukaran untuk membebaskan puluhan tebusan.

ā€œTidak mungkin,ā€ kata Duterte kepada wartawan ketika ditanya mengenai khabar angin yang seorang pemimpin kumpulan itu, Omarkhayam Maute, yang mencadangkan untuk membebaskan tebusan sebagai pertukaran mereka melarikan diri dengan selamat.

Kumpulan kecil militan itu masih berada di tengah bandar yang dimusnahkan serangan meriam dan bom, dalam kejadian yang mencetuskan kebimbangan Daish menjadikan selatan negara itu sebagai kubu baru selepas semakin dilumpuhkan di Iraq dan Syria.

Tentera menganggarkan 20 hingga 30 tebusan ditahan di bandar itu, dengan segelintir dipercayai dipaksa melawan tentera kerajaan.

ā€œJika saya dapat menyelamatkan satu nyawa di sana, saya sanggup tunggu setahun lagi untuk menguasai semula bandar itu,ā€ kata Duterte selepas melawat askar yang cedera di Cagayan de Oro, tidak jauh dari bandar Marawi.


Undang-undang tentera dikenakan di Mindanao, pulau yang mempunyai 22 juta penduduk, sehingga hujung tahun ini bagi membenarkan tentera menghapuskan kumpulan militan pro-Daish. – Reuters/myMetro Online

Kategori