Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Remaja Perempuan Ditahan Guna...

ALOR SETAR - Seorang remaja perempuan berumur 19 tahun yang mempamerkan nombor pendaftaran...

Wanita Warga Emas Ditemui...

MAYAT seorang wanita warga emas yang dipercayai berusia 60-an ditemui di sebuah longkang...

Waspada Kutipan Sumbangan Guna...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai agar berwaspada dengan...

Jangkitan H1N1 Di Malaysia...

JASIN - Jangkitan H1N1 di negara ini masih terkawal dan Kementerian Kesihatan tidak...

Eksport Jejari Kentang Belgium Dijangka Meningkat

KUALA LUMPUR – Eksport produk jejari kentang beku Belgium ke Malaysia dijangka meningkat dua kali ganda dalam tempoh tiga tahun akan datang, demikian menurut Persatuan Perdagangan dan Industri Pemprosesan Kentang Belgium (Belgapom).

Setiausaha Agung persatuan itu, Romain Cools juga yakin sasaran itu dapat dicapai berikutan permintaan ketara bagi produk kentang siap diproses, di Malaysia.

Menurutnya, Malaysia mengimport sejumlah 9,689 tan jejari kentang Belgium bernilai RM306 juta pada tahun lepas.

Angka itu merupakan sebahagian daripada jumlah eksport sebanyak 65,718 tan, sekali gus menjadikan Belgium sebagai pembekal jejari kentang ketiga terbesar di pasaran tempatan selepas Amerika Syarikat dan Netherlands.

“Ini merupakan tahun kemunculan jejari kentang Belgium di Asia Tenggara, khususnya Malaysia. Pasaran produk kami di rantau ini sememangnya ada dan peluang mempertingkatkan eksport pula amat besar.

“Saya percaya pengguna Malaysia semakin berani mencuba dan sanggup mendapatkan peluang menikmati makanan baharu dan asli seperti jejari kentang Belgium ini,” katanya kepada pemberita di luar Pameran Makanan dan Hotel Malaysia (FHM 2017) di sini, hari ini.

Menurutnya, Belgium merupakan pengeksport terbesar jejari kentang beku dunia dengan 90 peratus pengeluaran itu dieksport ke pasaran global manakala Malaysia di kedudukan ke-11 sebagai destinasi eksport di luar Kesatuan Eropah.

Cools berkata, beliau juga mahu membantu lebih ramai pengeksport jejari kentang Belgium meningkatkan bahagian pasaran mereka di Malaysia selain menjadikan produk yang lebih sinonim dengan nama ‘frites’ di Belgium, popular di negara ini.

“Saya percaya ramai yang mungkin berkesempatan merasa atau kenal jejari kentang kami tetapi menyangkanya sebagai produk (yang dimasak) ala resipi Amerika Syarikat. Mungkin mereka juga tidak tahu mengenai asal usul jejari kentang kami.


“Ini kerana produk kami tidak panjang berbanding jejari kentang Amerika selain warnanya yang kuning keemasan, unik dan sedap. Apa lebih menarik, ia telah diperakui sebagai warisan budaya di Belgium,” katanya.

Sementara itu, Cools berkata FHM 2017 yang bermula pada Selasa hingga Ahad ini turut menjadi platform terbaik bagi pengeksport jejari kentang Belgium memperluaskan rangkaian mereka serta bahagian pasaran di Malaysia.

Menurutnya, lima pengeksport utama iaitu Agristo, Bart’s Potato Company, Clarebout Potatoes, Ecofrost, dan Mydibel menawarkan pelbagai produk kentang yang disahkan halal menerusi Pavilion Jejari Belgium pada FHM 2017 yang berlangsung selama empat hari.

“Mereka mewakili lima perniagaan terbesar milik keluarga di Belgium dan mengeskport ke lebih 100 negara di serata dunia.

“Pembabitan mereka di sini merupakan sebahagian daripada kempen promosi lima negara di Asia Tenggara di bawah kendalian Lembaga Pemasaran Pertanian Flander Belgium serta Belgapom,” katanya. – BERNAMA

Kategori