Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Risiko ‘Mati Mengejut’ Ketika...

KUALA LUMPUR – Sejak kebelakangan ini, didapati semakin ramai masyarakat khususnya generasi muda...

Miley Cyrus Belanja Peminat...

BERTELANJANG bulat dan berbogel untuk tontonan umum bukanlah satu frasa baharu dalam kehidupan...

Konvoi Bantuan Sampai Di...

DAMSYIK - Konvoi bantuan tiba untuk menyampaikan makanan, perubatan dan bekalan lain yang dinantikan sekian...

Video: Acu Pistol Pada...

MUNGKIN ini adalah salah satu daripada situasi paling menakutkan, iaitu apabila perompak mengacukan...

Emma Maembong Nak Terus Nikah Tanpa Tunang

SIAPA yang tak kenal dengan heroin drama bersiri Projek Memikat Suami, Emma Maembong kan.

Nama Emma rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi kerana peminat sedia tahu aktress jelita ini sedang hangat menyulam kasih dengan pelakon kacak, Kamal Adli.

Sudah masauk tahun ketiga bercinta, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail dikatakan pasang niat untuk terus melangsungkan pernikahan tanpa perlu bertunang.

Ehhh? Dah nak nikah ke Emma?

Emma memberitahu dia mengambil keputusan itu kerana lebih mengutamakan apa yang wajib dengan terus segera pernikahan.

Bagaimanapun, pelakon ini berkata buat masa sekarang masih belum mahu memikirkan lagi soal perkahwinan.

“Kalau saya kahwin rasanya tak perlu majlis pertunangan, lebih baik terus bernikah dan mempercepatkan urusan.

“Cumanya, buat masa ini tiada apa yang nak dikongsi mengenai hubungan saya dengan Kamal Adli, bila tiba waktunya saya akan umumkan nanti,” katanya melapor mStar Online.

Jelas Emma lagi, dia dan Kamal juga tidak mahu meletakkan sasaran waktu untuk menamatkan zaman bujang mereka.

Hal ini kerana lebih elok sekiranya tidak menghebahkan perkara yang belum pasti.


“Buat masa ini kami mahu beri tumpuan kepada kerjaya dan mencapai impian masa depan terlebih dahulu.

“Saya pula mahu tumpu pada perniagaan, kalau semua dah benar-benar stabil barulah kami merancang ke arah perkahwinan,” ujar pelakon kelahiran Kelantan ini.

Dalam perkembangan lain, Emma mengatakan tudung bawah jenama Emma Maembong adalah hasil cetusan idea kakaknya, Yaya Maembong.

Minat yang mendalam adalah faktor yang membuatkan pelakon ini bersetuju untuk mencipta rekaan tudung yang dilukis sendiri oleh Emma secara eksklusif buat kaum hawa.

“Saya memang suka melukis, jadi adik-beradik mula memberi idea kepada saya untuk melukis diatas tudung pula.

“Walaupun sibuk dengan dunia lakonan, saya tetap luangkan masa menghasilkan lukisan eksklusif ini demi kepuasan diri dan akhirnya terhasil tudung di bawah jenama ini,” jelasnya ketika ditemui dalam majlis pelancaran tudung My Sketchbook Shawl by Emma Maembong di Kuala Lumpur Rabu lepas.

My Sketchbook Shawl hasil nukilan Emma Maembong kini memperkenalkan empat lagi koleksi baharu iaitu Budaya, Hibisco, Bumi Kita dan Seashell. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Kategori