Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Neelofa, Suami Beri Keterangan...

NILAI - Selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Nor (Neelofa) dan suaminya, Muhammad Haris...

JDT Kuasai Pemain Termahal...

KUALA LUMPUR – Penyerang import Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santo dinobatkan...

Remaja 13 Tahun Ditahan...

SEORANG remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan pihak polis atas dakwaan mengugut mahu...

Peguam Negara Dijangka Buka...

KUALA LUMPUR - Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dijangka membuka semula kes...

Engku Emran, Bella Selamat Dinikahkan Semalam

SAMA cantik sama padan, bagai merpati dua sejoli… Tahniah diucapkan kepada Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran Engku Zainal Abidin yang telah selamat diijabkabulkan semalam.

Dengan ini, terjawablah segala teka-teki yang bermain di minda para peminat dari Malaysia mahupun di Indonesia. Ramai peminat dan para netizen mengucapkan tahniah yang tak terhingga kepada kedua-dua pasangan ini.

Majlis pernikahan yang berlangsung secara tertutup itu diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur petang Jumaat.

Dengan hanya sekali lafaz, mereka telah sah bergelar suami isteri pada pukul 6.57 petang semalam. Majlis itu juga turut dihadiri oleh keluarga terdekat dan sahabat karib kedua pasangan ini.

Turut kelihatan, Nora Danish dan suaminya selaku teman rapat yang memperkenalkan Bella dengan Engku Emran. Selain itu, teman rapat Bella seperti Zaskia Sungkar serta pasangan, Irwansyah, Whulandari Herman dan Melly Goeslaw.

Bella telah menerima lima dulang hantaran dan berbalas tujuh daripada pihak Engku Emran. Bella telah diwalikan oleh bapanya sendiri, Busyamin dengan mas kahwin sebanyak RM300.

Mereka telah bersepakat untuk menjalankan majlis resepsi pada sebelah malam semalam.


“Kami berdua amat menghargai kerjasama rakan-rakan media. Doakan perkahwinan kami berdua dirahmati Allah SWT dan jodoh kami kekal hingga ke akhir hayat,” kata Engku Emran kepada Berita Harian semalam.

Engku Aleesya, anak kepada Engku Emran dan bekas isterinya, Erra Fazira turut kelihatan berada di samping Bella ketika majlis pernikahan itu berlangsung.

Aleesya juga turut menggayakan busana gaun berwarna putih sedondon dengan bapanya dan ibu barunya itu.

Sebagai bekas isteri Engku Emran, Erra Fazira turut tak terlepas untuk memberikan ucapan tahniah kepada kedua mempelai di akaun Instagram miliknya dan sempat mengusik bahawa Aleesya tak sabar mahukan adik baru.

“Alhamdulillahhhh.. Tahniah!! Buat ayah kepada Aleesya @iamkumbre dan @laudyacynthiabella diatas penyatuan cinta kalian.. moga berbahagia dan berkekalan hingga ke jannah.

“Kepada pasangan mempelai ee dan bella.. moga kalian segera dikurniakan cahaya mata yg soleh dan solehah lagi comel! Pasti anakanda Aleesya tak sabar menanti adik.”

Mudah-mudahan dengan berlangsungnya majlis pernikahan ini, tiada lagi lah spekulasi yang pernah timbul di media sosial sebelum ini.

Semoga masjid yang dibina ini sentiasa dirahmati oleh Allah S.W.T – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori