Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Helah Kit Siang Sentiasa...

UMUM mengetahui DAP ialah parti yang menggunakan politik kaum, menolak Islam sebagai agama...

Rancangan ‘Aneh’ Ambil Alih...

PUTRAJAYA - Cakap-cakap mengenai Kerajaan menolak percubaan sebuah konglomerat berprofil tinggi mengambil alih...

13 Akademi Penjara Diwarta...

PUTRAJAYA - Sebanyak 13 akademi penjara diwartakan sebagai pusat tahanan untuk menempatkan pesalah...

Twitter Benarkan Pengguna Tulis...

 SELEPAS membenarkan perkongsian gambar melalui Tweet beberapa tahun lalu kini aplikasi rangkaian sosial Twitter memperkenalkan sokongan yang membolehkan...

FAM Rangka Pelan Tindakan Bangunkan Bola Sepak Pantai

SHAH ALAM – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang merangka pelan tindakan bagi memastikan pembangunan dan kemajuan bola sepak pantai berada di tahap lebih tinggi.

Antara cadangan yang dikemukakan dalam pelan itu ialah mengadakan liga tempatan bagi bola sepak pantai bagi meningkatkan jumlah pemain, menyertai lebih banyak kejohanan dan mengadakan latihan pusat berkala.

Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai, Datuk Rosmadi Ismail berkata pelan tindakan itu akan dimuktamadkan dalam masa sebulan lagi dalam usaha untuk meningkatkan perkembangan bola sepak negara secara menyeluruh, yang sebelum ini lebih tertumpu kepada bola sepak padang lelaki.

“Kita juga merancang untuk mengadakan latihan pusat berkala yang lebih lama untuk menyediakan pemain ke kejohanan kerana perlukan masa yang panjang untuk menyediakan pemain sebab bola sepak pantai ini memerlukan stamina yang tinggi.

“Kita perlukan lebih banyak kejohanan di peringkat tempatan untuk mencungkil bakat baharu bagi membolehkan sukan ini berkembang dan tambah kumpulan bakat,” katanya kepada pemberita pada majlis pengumuman senarai pemain ke Kejohanan Bola Sepak Pantai Antarabangsa kedua di Busan, Korea Selatan, di sini hari ini.

Rosmadi yang juga Naib Presiden FAM berkata beliau juga telah memutuskan untuk menarik diri daripada perebutan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi memberikan tumpuan kepada tanggungjawab di FAM terutama pembangunan futsal dan bola sepak pantai.


Skuad bola sepak pantai yang terdiri daripada 10 pemain di bawah kendalian penolong jurulatih Mohd Saiful Md Noor akan berlepas ke Busan awal pagi Jumaat untuk menyertai kejohanan jemputan itu yang disertai oleh 18 pasukan pada Sabtu dan Ahad.

Ketua jurulatih Ismail Zakaria yang juga Ketua Unit Kejurulatihan FAM tidak dapat bersama pasukan kerana sedang mengendalikan Kursus Kejurulatihan Lesen C selama dua minggu di UPM, Serdang.

Malaysia yang pernah muncul juara Kejohanan Bola Sepak Pantai Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2014 dan beraksi di Piala Dunia di Brazil pada 1999 diundi dalam Kumpulan D bersama Busan Transportation Corporation dan Songdo Baby FS.

Sepuluh pemain tersebut ialah Mohd Nazri Sulaiman, Mohd Zaharim Mohd Yusof, Mohd Riduwan Mohd Nor, Mohammad Fakhrullah Mohamad, Mohammad Fakhruddin Mohamad, Muhammad Qushairi Assari (kesemuanya dari Terengganu), Ajasni Parman, Mohd Ridhwan Zainal (Kuala Lumpur), Mohd Shafiq Riza Huzair Dan Muhamad Aminullah Abd Razab (Pahang). – BERNAMA

Kategori