Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Harga Makanan Dunia Tertinggi...

LONDON - Harga makanan global meneruskan kenaikan ke paras tertinggi dalam tempoh hampir...

Hairul, Hanis Zalikha Selamat...

TAHNIAH diucapkan kepada pasangan selebriti popular, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang selamat menimang...

Polis Dalam Rundingan Akhir,...

Pihak polis kini dalam fasa rundingan akhir untuk membebaskan anggota polis marin yang...

Kerajaan Salur Peruntukan RM100...

SERDANG : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan RM100 juta...

Fathia Perlu Fokus Perbaiki Hal Peribadi, Karier

SEPERTI efek domino, satu persatu musibah melanda kehidupan peribadi dan profesional pelakon cantik Fathia Latiff kebelakangan ini.

Bermula dengan kes menari ghairah sambil mendedahkan sebahagian tubuhnya, hinggalah ke kontroversi digugurkan daripada drama La Luna oleh kerana dakwaan tidak memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang penggambaran, Fathia kini nampaknya seakan-akan ‘hilang arah’.

Baca: Fathia Digugurkan Daripada Drama

Apa sudah jadi, Fathia?

Fathia Nangis Di Insta Live, Dakwa Difitnah

Hari ini, timbul pula sebuah video yang dimuat naik menerusi Insta Live yang menunjukkan dirinya menangis sambil merayu kepada orang ramai agar tidak menfitnahnya dengan perkara yang bukan-bukan.

Juga: Fathia Nangis Di Insta Live, Dakwa Difitnah

Jika difahamkan dengan lebih mendalam, rayuan Fathia itu seakan-akan mahu menafikan penglibatannya dalam video tersebut dan satu percubaan untuk masyarakat berhenti menghukumnya meskipun dalam video kedua dia terang-terang mengakui memang dirinya yang berkemban itu.

Jadi mana satu ni? Mahu mengaku kekhilafan diri atau berdolak-dalik lagi dengan menggunakan modal air mata?

Benar, tiada siapa yang layak menghukum insan lain kerana tiada manusia yang bebas daripada kesilapan, cuma Fathia harus ingat ini adalah harga yang perlu dibayar jika bergelar selebriti.

Kelakuan harus dijaga, dan perbetulkan niat anda menutup aurat terlebih dahulu.

Sepatutnya sebagai seorang wanita dewasa, Fathia sudah lebih tahu mana buruk baik sesuatu perkara dan sedar setiap perbuatannya menjadi ikutan orang lain, jadi tunjukkanlah contoh yang baik kepada masyarakat.

Jika tidak mahu dikecam, janganlah melakukan perbuatan yang menyimpang jauh daripada imej anda sebagai wanita yang menutup aurat dengan sempurna.


Mungkin Fathia sedang dalam fasa ‘keliru’ seperti yang dia katakan di dalam video livenya tadi.

Jika benar itu yang sedang berlaku, kelilingilah diri dengan orang-orang yang senang melihat usaha anda menjadi insan yang lebih baik.

Kami teringat nasihat pelakon Yatt Hamzah tentang cara untuk istiqamah dalam penghijrahan diri.

Kata Yatt: “Saya tidak layak untuk bercakap soal keputusan mereka kembali ke imej asal kerana saya percaya mereka ada sebab tersendiri. Namun, apa yang saya boleh cakap agar mereka mencari kawan yang boleh membantu mereka untuk terus istiqamah.”

Video Berahi Tersebar, Fathia Enggan Beri Komen

Perihal ‘kelibat’ di dalam video-video tersebut, berilah kenyataan yang sebenarnya dan mohon maaf seandainya terdapat hati dan sensitiviti yang tidak dijaga dengan terdedahnya rakaman-rakaman video itu.

Lagi: Video Berahi Tersebar, Fathia Enggan Beri Komen

Fathia, anda memang sudah cantik. Anda tidak perlu berkelakuan ‘seksi’ untuk mendapatkan penerimaan daripada orang lain, cukuplah dengan menjadi contoh yang baik kepada masyarakat.

Ambillah kedua-dua isu ini sebagai pengajaran di masa hadapan. Sayang jika Fathia yang sudah punyai pakej lengkap sebagai bintang hilang punca secara tiba-tiba hinggakan fokus sudah jauh ‘ke laut!’ – MYNEWSHUB.CC

Kategori