Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bahasa Melayu Satukan Malaysia...

KUALA LUMPUR - Penghayatan Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Cina di China dipercayai...

Satu Calon, Satu Kerusi...

SEREMBAN - Setiap calon Parti Gerakan yang dibenarkan bertanding, akan hanya bertanding satu...

UMNO Tak Main Politik...

PARIT – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan parti itu tidak...

Bayi Lelaki Ditemui Dalam...

PETALING JAYA - Seorang bayi lelaki dipercayai berusia kira-kira seminggu ditemui dalam sebuah...

Fazura Bakal Duet Penyanyi Antarabangsa

AKTRES cantik Nur Fazura mengakui dia bakal berduet dengan seorang penyanyi antarabangsa tidak lama lagi.

Namun, siapa, lagu apa, dan genre yang bagaimana masih lagi menjadi tanda tanya netizen. Katanya, dia teruja dengan projek ini tetapi terpaksa merahsiakan dahulu siapa yang bakal bergandingan dengannya.

“Alhamdulillah saya diberi pelung untuk merakamkan lagu bersama seorang penyanyi antarabangsa tidak lama lagi.

“Buat masa ini siapakah artis tersebut adalah rahsia tapi jujur saya sangat teruja dengan projek itu dan memang tidak menyangka dapat bekerjasama dengannya,” katanya dipetik laporan mStar Online.

Khabarnya, penyanyi lagu Bisa Apa ini akan mengeluarkan album pada bulan hadapan dan lagu baharunya bersama artis antarabangsa itu turut termuat dalam album tersebut. Rasa-rasanya siapa ya?

Sebelum ini, Fazura pernah berkolaborasi dengan penyanyi tanah air seperti Estranged menerusi lagu Hancur Aku dan Fattah Amin menerusi lagu Cinderella yang juga merupakan OST bagi drama lakonan mereka.


Bukan hanya penyanyi Malaysia sahaja, malah Fazura pernah berduet dengan penyanyi dari negara jiran seperti Ridho Rhoma dari Indonesia menerusi lagu Bulan Terbelah Di Langit Amerika serta penyanyi dari Filipina, Jason Dy dengan lagu Nothing Like Pag-ibig.

Sementara itu, pemegang title Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH 30 ini sedang sibuk di set pengambaran Ayat Ayat Cinta 2 di Edinburgh, Scotland. Filem ini hasil adapatasi novel yang ditulis Habiburrahman El Shirazy dan bakal ditayangkan pada hujung tahun ini. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori