Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

1,877 Kes Baru, Dua...

Kementerian Kesihatan semalam melaporkan 1,877 kes baru Covid-19, menjadikan jangkitan keseluruhan kepada 4,500,934.Ikuti...

Harga Petrol RON97 RM4.40,...

PUTRAJAYA : Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen kepada paras RM4.40...

Video: Lamaran Paling Romantis...

Sememangnya lamaran perkahwinan adalah momen terindah dan manis untuk dikenang, kerana waktu itu...

Perbadanan Stadium Malaysia Perlu...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) perlu mengguna peruntukan sendiri untuk membeli...

Gabung Johor Bakal Wujud Tabung Amal Bantu Rohingya

JOHOR BAHRU – Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu (Gabung) Negeri Johor bakal mewujudkan satu tabung amal dalam usahanya untuk membantu pelarian Rohingya sama ada di dalam negara ataupun yang berada di kem-kem pelarian.

Presidennya Zaini Atan berkata untuk inisiatif ini, Gabung Johor akan bekerjasama dengan institusi kewangan bagi membincangkan mekanisme yang sesuai bagi tabung berkenaan.

Menurutnya, inisiatif ini diperkenalkan atas dasar kemanusiaan memandangkan krisis Rohingya yang dilihat semakin serius, kata beliau kepada pemberita di sini hari ini..

“Kita perlu bertindak dengan pantas kerana semakin hari jumlah mangsa semakin bertambah, dan kita laksanakan perkara ini adalah atas dasar kemanusiaan tetapi kami tidak mampu bergerak sendiri untuk itu sekiranya ada NGO-NGO (badan bukan kerajaan) lain yang mahu bergabung bersama, kita amat alu-alukan,” kata Zaini.

Dalam masa yang sama, Gabung Johor juga menyatakan sokongan kepada kerajaan pusat atas pendirian untuk membawa isu ini untuk diperbincangkan di peringkat antarabangsa.

Gabung Johor merupakan gabungan lebih 1,030 NGO yang merangkumi lebih 700,000 keahlian di dalam negeri Johor.


Semalam, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan berkata Malaysia amat bimbang mengenai keganasan yang berterusan ke atas masyarakat Rohingya di Rakhine.

Menurut beliau, meskipun negara anggota ASEAN telah berkali-kali menggesa Myanmar mencari penyelesaian terhadap isu itu secara aman tetapi negara tersebut tidak menunjukkan kesediaan atau keinginan untuk berbuat demikian.

Anifah berkata Malaysia percaya isu keganasan dan diskriminasi yang berterusan terhadap komuniti Rohingya harus dibawa ke forum antarabangsa yang lebih tinggi untuk dibincangkan. – BERNAMA

Kategori