Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

‘Zurin Jundi’ Didakwa Menipu...

JOHOR BAHRU — Pemilik syarikat perancang perkahwinan ‘Zurin Jundi’ didakwa di Mahkamah Majistret...

“Nazri, Dengar Sini Baik-Baik”...

KUALA LUMPUR - "Dengar sini baik-baik. Najib tidak akan berdiam diri!"Itu penegasan bekas...

Gangguan Bekalan Elektrik Di...

SEREMBAN - Beberapa kawasan di sekitar Bandar Seri Jempol, Mahsan dan Pekan Bahau...

Mahkamah JSKK Sarawak Mahu...

KUCHING - Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak (JSKK) Sarawak menetapkan sasaran untuk menyelesaikan kes-kes...

Gempa Terkuat Abad Ini 8 Richter Gegar Mexico

MEXICO CITY – Sekurang-kurangnya enam orang mati setelah gempa bumi berukuran 8.1 skala Richter melanda bahagian barat daya Mexico lewat Khamis waktu tempatan.

Dua mangsa adalah dari negeri Chiapas, menurut Menteri Dalam Negeri, Miguel Angel Osorio Chong. Gempa bumi itu melanda bahagian pantai Chiapas.

Gempa sekuat 8.2 itu selama lebih 1 minit dapat dirasakan hingga ke ibu kota Mexico City yang terletak kira-kira 1,000 kilometer dari Chiapas.

Pusat gempa terletak 123km dari barat daya bandar Pijijiapan, pada kedalaman 33km. Amaran Tsunami juga dikeluarkan bagi Guatemala, El Salvador, Costa Rica, Nicaragua, Panama, Honduras dan Ecuador, menurut Reuters.

Namun, gelombang akibat gempa bumi itu tidak berlaku.

Para pengguna media sosial juga memuat naik rakaman video bangunan dan mercu-mercu tanda di bandar itu yang bergegar ketika gempa bumi berlaku.


Tiada laporan mengenai kerosakan besar dilaporkan.

Secara keseluruhannya, korban jiwa dan kemusnahan harta-benda akibat gempa terbaru ini tidak seburuk yang dialami Mexico City dalam tahun 1985.

Ketika itu gempa sekuat 8.1 meranapkan sebahagian besar kawasan ibu kota tersebut dan meragut nyawa lebih 10,000 orang. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

  • Lagi berita berkaitan:
  • gempa

Kategori