Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Penyamun Tinggal Dompet Berisi...

KUANTAN - Dua lelaki yang disyaki menyamun sebuah kedai pengurup wang di sini...

Kula Segaran Yakin Pindaan...

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia yakin mendapat sokongan Ahli Dewan Negara untuk meluluskan...

Subsidi Petrol Menyeluruh Tidak...

KUALA LUMPUR - Sistem pengagihan subsidi petrol secara menyeluruh didakwa tidak adil kerana...

[RASMI] BN Menang DUN...

JOHOR BAHRU : Keputusan rasmi menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang selesa dengan majoriti...

Gunung Agung Kritikal, Tunggu Masa Meletus

BALI – Kenderaan yang penuh dengan makanan, topeng muka dan tilam dihantar untuk lebih 75,000 penduduk yang berpindah selepas Gunung Agung dijangka meletus pada bila-bila masa.

Gunung Agung yang terletak kira-kira 75 kilometer dari Kuta, hab pelancongan popular di Bali, mula bergegar sejak Ogos lalu dan pakar memberi amaran ia mungkin meletus buat pertama kalinya sejak 1963.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) memberitahu, gegaran yang semakin kerap menunjukkan magma masih menaik ke permukaan dengan gunung itu kini memasuki fasa kritikal dan boleh meletus pada bila-bila masa.

Katanya, jumlah penduduk yang meninggalkan kediaman masing-masing semakin meningkat kerana bimbang gunung itu mungkin meletus.

“Sehingga tengah hari hari ini (semalam), jumlah penduduk yang berpindah mencapai 75,673 dan berlindung di 377 pusat pemindahan di sembilan daerah,” kata jurucakap BNPB, Sutopo Purwo Nugroho.

Menurutnya, seramai 62,000 penduduk tinggal di zon bahaya sebelum arahan berpindah dikeluarkan tetapi penduduk di luar zon juga berpindah sebagai langkah berjaga-jaga.

“Jumlah penduduk yang berpindah dijangka meningkat,” jelasnya.

JOKOWI (dua dari kiri) berbual dengan penduduk ketika melawat pusat perlindungan di Klungkung di Bali semalam. – EPA

Presiden Indonesia, Joko Widodo juga tiba di Bali bagi melawat pusat pemindahan pada tengah hari semalam.


Penduduk tempatan, badan bukan kerajaan dari luar negara dan kerajaan pusat mula mengatur bantuan untuk semua penduduk yang berpindah.

Kenderaan yang penuh dengan mi, air mineral dan selimut mula dihantar ke pusat pemindahan, manakala penduduk tempatan pula mula mengumpul derma untuk membantu.

Penerbangan masuk dan keluar dari pulau pelancongan popular itu tidak terjejas tetapi syarikat penerbangan memantau situasi itu dengan teliti.

Kali terakhir Gunung Agung meletus adalah pada 1963 yang menyebabkan hampir 1,600 orang maut dan menghamburkan debu sejauh hingga ke Jakarta. – AFP/myMetro Online

Kategori