Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tampil Ala ‘Bob Marley’,...

SIAPA yang tidak kenal pelantun lagu Di Amaran Mama, Hazama ni kan? Klip...

19 Kit Ujian Kendiri...

PETALING JAYA – Sebanyak 19 kit ujian kendiri COVID-19 telah mendapat kelulusan bersyarat...

Kalau Dulu Beckham, Kini...

TIDAK masuk akal. Jika dahulu jejaka transgender ini sanggup menghabiskan duitnya untuk kelihatan seperti...

‘Gadis Helmet’ Bantu Mangsa...

TINDAKAN seorang wanita yang segera memangku seorang mangsa kemalangan jalan raya biarpun masih...

Hanya 3 Pusat Pemindahan Masih Beroperasi Di Kedah

ALOR SETAR – Hanya tiga pusat pemindahan sementara yang masih beroperasi di Kedah bagi menempatkan 599 mangsa banjir kilat setakat pukul 4 petang ini berbanding lima buah tengah hari tadi.

Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) dalam kenyataan memaklumkan, tiga pusat pemindahan itu masing-masing berada di daerah Kota Setar, Pendang, dan Kubang Pasu.

Di Alor Setar, terdapat 263 mangsa banjir daripada 90 keluarga yang masih ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Gunung Keriang di Alor Setar, SK Kodiang Lama, Kubang Pasu (56 orang) dan Dewan Rakan Sukan Tanah Merah, Pendang (280 orang).

Dua pusat pemindahan ditutup ialah di daerah Kota Setar iaitu di Jabatan Kebajikan Masyarakat Seberang Perak dan Dewan Wawasan Kampung Kelompang.
Dijangkakan lebih banyak lagi mangsa banjir akan dibenarkan pulang ke rumah berikutan keadaan cuaca yang semakin baik.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) pula sedang giat melakukan aktiviti pembersihan pascabanjir ketika ini. – BERNAMA

Kategori