Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pengerusi PAC Sokong Cadangan...

KUALA LUMPUR- Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin menyokong cadangan...

Video: ‘5 Make Up...

BILA tiba waktu bersejarah dan penting bagi mereka bakal mendirikan rumahtangga, seri pengantin...

Petronas Tawar Produk Minyak...

HOUSTON - Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) dijangka mula menawarkan produk minyak daripada kompleks...

Tak Sangka Menang Anugerah,...

TIDAK sangka dirinya dinobatkan sebagai pemenang Pelakon Watak Utama Terbaik pada kemuncak Anugerah...

Hanya Pasukan Kelantan Tiada Tajaan Kerajaan Negeri 

KUALA LUMPUR – Menguruskan bola sepak Kelantan sangat sukar kerana Kelantan satu-satunya pasukan bola sepak profesional dalam negara yang memikul nama negeri, tetapi tanpa tajaan kerajaan negeri.

Justeru, Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menasihati mereka yang berminat menjadi Presiden KAFA supaya tidak terlalu merebutkan jawatan tersebut.

“Ada beberapa “bakal penjawat” (Presiden KAFA) yang menulis bermacam macam. Ada tulisan kelihatan “populis”dan “main angin”, tetapi percayalah anda bakal berdepan realiti yang hanya anda ketahui bila anda melaluinya.

“Barang siapa menganggap tugas ini mudah, mereka bakal bertemu situasi sebenar. Saya telah menyaksikan ramai yang berdegar-degar dan “tang tum tang tum” dalam Facebook dan media tapi akhirnya bayar pun tidak.

“Tinggallah yang memimpin terkapai-kapai nak cari wang berjuta ringgit.  Soal cari wang untuk bola tersangatlah sukar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Annuar berkata, beliau sedih melihat keadaan bola sepak Kelantan selepas hampir setahun melepaskan jawatan Presiden KAFA kerana tiada pihak yang mahu menaja pasukan itu.

Kata beliau, pasukan Kelantan malah semakin merosot dan dibebani dengan hutang yang bertambah kerana pengurusan pasukan itu tidak lagi seperti sebelum ini.


Sehubungan itu, beliau bersetuju pemilihan barisan pimpinan KAFA diadakan segera supaya tidak dapat dilakukan secepat mungkin untuk memperbaiki keadaan pasukan itu.

“Kita nak tengok keadaan menjadi baik seperti mana sesetengah menulis di akaun Facebook masing masing,” katanya.

Terdahulu, beliau mengesahkan bekas penyerang Kelantan, Austin Amutu antara beberapa pemain hebat yang menyatakan kesediaan untuk kembali bermain buat pasukan itu.

“Tapi biarlah segalanya diputuskan dan diuruskan oleh barisan Exco KAFA yang bakal dipilih. Beri mereka kebebasan penuh. Itu tujuan saya beri laluan dan kongres diawalkan setahun,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori