Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Ketepikan Sentimen Balas Dendam...

KUALA LUMPUR - Semua Anggota Parlimen perlu mengetepikan sentimen balas dendam dan serangan...

Masa Untuk Menarik Pelancong...

LANGKAWI - Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) melihat 2017 sebagai tahun yang sesuai...

Polis Perlis Anjur Derma...

KANGAR - Sempena sambutan Hari Polis ke-211,​ Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perlis​​​​...

2 Individu Diberkas Bersama...

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai...

Hanya SK Seri Banai Akan Ditutup Esok – MB

JITRA – Hanya sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Banai dekat sini yang akan ditutup esok berikutan banjir kilat yang melanda Kedah ketika ini.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, penutupan itu adalah disebabkan sekolah berkenaan ketika ini dinaiki air sehingga ke paras dada.

“Jadi Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) putuskan untuk sekolah ini ditutup sehari esok bagi menjamin keselamatan warga sekolah berkenaan,” katanya selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahawangsa di sini hari ini.

SK Seri Banai ketika ini mempunyai seramai 31 guru, 264 murid dan 50 pelajar prasekolah.

Bagaimanapun, kata Ahmad Bashah, sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah yang dijadikan sebagai pusat pemindahan banjir, berjalan seperti biasa.

Antara sekolah yang digunakan sebagai pusat pemindahan ketika ini ialah di SK Titi Gajah, SK Bukit Pinang, SK Alor Mengkudu, SMK Seri Mahawangsa, SK Bukit Hijau dan SK Kodiang Lama.


Sementara itu, seorang guru di SK Seri Banai berkata paras air semakin meningkat di sekolah itu sehinggga menyebabkan bangunan prasekolah dan bilik rawatan mula ditenggelami air.

“Air mula naik sejak petang Jumaat lalu dan kami sudah mengangkat barangan ke tempat tinggi, bagaimanapun beberapa buah kelas lain turut dimasuki air sehingga paras dada,” katanya. – BERNAMA

Kategori