Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lebih 30 Maut, Banjir...

CASTELDACCIA - Banjir besar dan ribut kencang yang melanda Itali sejak seminggu lalu...

Kluster Pedas Jangkiti 60...

KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster Pedas yang dimaklumkannya...

Katy Perry Diraba Dan...

LUMRAH menjadi bintang popular di Hollywood, mana-mana artis di sana pasti mempunyai peminat...

Jentera BN Johor Siap...

ISKANDAR PUTERI - Jentera Barisan Nasional (BN) Johor sudah bersiap sedia bagi menghadapi...

Harap Ada Wakil Rakyat Cina Dalam Pentadbiran Negeri

SEREMBAN – Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berharap agar akan ada wakil rakyat daripada kaum Cina di dalam pentadbiran kerajaan negeri selepas pilihan raya umum akan datang.

Pada masa ini pentadbiran kerajaan negeri mempunyai 11 Exco dan kebanyakannya orang Melayu dengan hanya seorang wakil rakyat kaum India.

Mohamad berkata justeru, MCA di negeri ini perlu bekerja lebih kuat untuk meyakinkan masyarakat Cina mengenai kepentingan suara kaum itu dalam kerajaan negeri untuk sama-sama membuat dasar atau sebarang keputusan.

“Harapan saya selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan adalah untuk melihat penyertaan daripada kaum Cina itu dalam pentadbiran kerajaan negeri, bukan secara dilantik tetapi dipilih orang ramai.

Saya harap MCA kerja kuat untuk yakinkan masyarakat Cina di negeri ini bahawa pentingnya suara Cina dalam pentadbiran kerajaan negeri bagi memastikan kepentingan dan apa sahaja permasalahan dapat diputuskan secara bersama.

“Tetapi ini bukanlah bermakna selama ini kerajaan sekarang walau tidak ada penyertaan kaum Cina, mereka diabaikan sebaliknya adalah lebih baik kalau ada wakil kaum Cina duduk dalam kerajaan negeri untuk membuat dasar dan keputusan bersama,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Hasrat beliau telah disampaikan kepada Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam pertemuannya dengan Liow di sini, semalam.


Mohamad berkata justeru masyarakat Cina di negeri ini haruslah bijak menggunakan peluang dalam pilihan raya akan datang untuk meletakkan wakil mereka dalam kerajaan negeri.

Mengenai calon yang bakal bertanding pada pilihan raya umum ke-14 disaring terlebih dahulu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad berkata perkara itu telah lama dipraktikkan di negeri ini bahkan untuk melantik Ketua Kampung juga perlu melalui lima saringan.

“Ini (saringan) memang dipraktikkan di negeri sudah lama dan BN juga sendiri memang mempraktikkan proses ini. Kita bukan sahaja bekerjasama dengan SPRM tetapi juga dengan Jabatan Insolvensi Malaysia.

“Kita memang tegas mengenai perkara ini… bukan itu sahaja malah penerima pingat darjah kebesaran yang mempunyai masalah undang-undang juga kita tarik balik,” katanya. – BERNAMA

Kategori