Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Rompak Berkumpulan & Menyamar...

KUALA LUMPUR – Dua sahabat hari ini masing-masing dihukum penjara empat tahun dan...

Dituduh Menipu, Shahir Lari...

SEJAK menyertai program realiti Akademi Fantasia Megastar, nampaknya nama Shahir kembali meniti di...

Jangan Pedulikan PAS Lagi,...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan tidak perlu mempedulikan PAS lagi kerana pembangkang sudah...

2 Individu Dan Syarikat...

KUALA LUMPUR: Dua individu dan sebuah syarikat didenda RM76.32 juta kerana mengelak larangan...

Harga Promosi MYTV Dilanjutkan Hingga 31 Disember

KUALA LUMPUR – MYTV Broadcasting Sdn. Bhd. kini melanjutkan harga promosi dekoder digital televisyen pada RM199 sehingga 31 Disember 2017.

Harga asalnya adalah RM317 setelah termasuk dengan cukai barang dan perkhidmatan.

Ketua Pegawai Eksekutif MYTV, Michael Chan berkata lanjutan tempoh itu bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia memiliki dekoder tersebut pada harga lebih berpatutan.

Ini secara tidak langsung menikmati audio dan video digital secara jelas menerusi myFreeview.

Setakat ini, sejumlah 4.2 juta dekoder percuma sedang diedarkan kepada kelompok isi rumah yang layak daripada golongan berpendapatan rendah yang merupakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Chan berkata dekoder MYTV itu sesuai untuk digunakan oleh set televisyen baharu dan lama, termasuk jenis tiub sinar katod.

“Pengguna hanya perlu menyambung dekoder itu dengan televisyen dan antena UHF yang berfungsi. Kedua-dua antena luar dan dalam juga boleh digunakan biarpun kami lebih mengesyorkan penggunaan antena UHF,” katanya dalamn satu kenyataan hari ini.


MYTV telah dilantik oleh kerajaan bagi melakukan usaha-usaha transformasi perkhidmatan penyiaran percuma negara daripada analog kepada digital di bawah Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional.

Dekoder berkenaan boleh dibeli secara dalam talian di https://shop.mytvbroadcasting.my serta 220 premis kedai elektrik di sekitar Malaysia.

Maklumat senarai penuh premis terbabit boleh diperoleh di www.mytvbroadcasting.my. – BERNAMA

Kategori