Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Ingkar SOP: Cukupkah Sekadar...

KUALA LUMPUR - Sejak akhir-akhir ini kes membabitkan Instafamous atau selebriti yang melanggar prosedur operasi...

Kerajaan Umum Transfromasi Program...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan akan melakukan transformasi ke atas Program Latihan Khidmat...

Kerajaan Laksana Langkah Atasi...

SHAH ALAM - Kerajaan menyenaraikan 11 penyelesaian jangka pendek dan sembilan penyelesaian jangka...

Awal Ashaari Mengamuk Dengan...

Kes Instagram artis jadi medium percuma untuk mempromosikan barang adalah lumrah.Tapi bila ia...

Hari Pembersihan Pantai Antarabangsa Meriah

SEMUA orang menginginkan persekitaran dan suasana yang bersih dan selesa. Tapi, berapa ramai yang sanggup untuk melaksanakannya?

Baru-baru ini berlangsungnya Hari Pembersihan Pantai Antarabangsa 2017 (International Coastal Clean-Up Day) selama dua hari pada 16 dan 17 September yang lalu.

Kempen tersebut telah dilaksanakan di sekitar Pantai Kelambu, Kampung Bingolon Laut, Kampung Sebayan, Kampung Batu Sireh Balambangan dekat Kudat, Sabah.

Kempen ini merupakan anjuran bersama Pejabat Daerah Kudat, Persatuan Pemuliharaan Penyu Kudat (KTCS), Dana Hidupan Liar Sedunia Malaysia (WWF-Malaysia) dan Taman-Taman Sabah.

Ia secara kebetulan turut diadakan bersempena dengan Tahun Melawat Kudat 2017 dan Hari Alam Sekitar Sedunia yang jatuh pada minggu ketiga September.

Tujuan kempen ini diadakan untuk membersihkan pesisiran pantai dan kawasan kampung yang terdapat di Kudat. Bahkan kempen ini sebenarnya merupakan kempen serentak di serata sedunia.

Banyak negara seperti Amerika Syarikat, Bangladesh dan negara lain yang turut menganjurkannya pada hari sama.

Ramai sukarelawan yang terdiri daripada penduduk sekitar Kudat menyertai kempen ini. Ini termasuklah Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Teo Chee Kang dan juga Pegawai Daerah Kudat, Sapdin Ibrahim.

Khabarnya botol plastik antara sampah dan bahan buangan yang paling tinggi bilangannya.

Bagaimanapun ada juga sukarelawan yang menyatakan botol yang dijumpai itu datangnya dari China, Thailand dan paling jauh dari Arab Saudi. Mungkin ia telah dihanyutkan oleh gelombang dan arus laut.


Dianggarkan seberat 25 tan sampah telah berjaya dikutip dan dikumpulkan oleh masyarakat di sekitar pantai yang terdapat di Kudat dan majoriti daripadanya merupakan botol plastik.

Dalam pada itu, pihak WWF-Malaysia turut mengadakan sesi perkongsian tentang ekologi dan kitaran hidup penyu untuk Kelab Belia Tigabu.

Kempen seperti ini seharusnya diadakan setiap tahun dan di semua negeri kerana penemuan botol-botol plastik dari negara lain telah membuktikan kawasan perairan global mengalami pencemaran.

Dengan adanya kempen sebegini, sekurang-kurangnya laut dan kawasan marin kita dapat dipelihara. Sudah semestinya haiwan laut juga dapat diselamatkan.

Jadi bersama-samalah kita menjaga kebersihan pantai! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori