Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Eh… Selesaikan Saman MSPJ...

PERHATIAN buat pengguna jalan raya sekalian, jika anda mempunyai saman tertunggak yang belum...

Isu Raba Dan Ramas...

KUALA LUMPUR - Isu 'meramas' dan 'meraba' menggamatkan persidangan Dewan Rakyat petang Selasa...

K’jaan Cuma Peruntuk RM9.3...

KUALA LUMPUR - Dakwaan kononnya Kerajaan Persekutuan tidak memberi keutamaan kepada bantuan bencana...

Anggota Perhilitan Maut Kereta...

KUANTAN - Seorang anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) maut...

Hina Almarhum Sultan Kedah, Lelaki Ini Dikecam Teruk

SEMALAM, kecoh di laman sosial Facebook tentang tindakan seorang lelaki berbangsa Cina yang telah menghina Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Alharhum Sultan Badlishah.

Baca: Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mangkat

Individu tersebut yang dikenali sebagai Hershel Tan telah meninggalkan komen hinaan itu di posting seorang ahli politik, semalam.

“THE FUCKING SULTAN IS DEAD, and he’s playing with these kids.”

Namun ahli politik tersebut sudah pun memadamkan posting tersebut selepas dikecam oleh ramai netizen yang mengetahui tentang perkara itu.

Sebelum ini, berita tentang penghinaan terhadap Sultan sudah pun pernah berlaku dan ada juga yang sudah dikenakan tindakan undang-undang.

Tidak lama selepas itu, Hershel sendiri telah memuat naik satu posting yang mana dia menidakkan tuduhan yang diterimanya dan kononnya ayat itu bukan yang dimaksudkan olehnya.

Hal ini kerana pada mulanya dia telah meninggalkan komen dalam tulisan Cina dan bila di alih bahasakan, ianya akan menjadi lain.

Tapi bila fikir logik, ayat pertama sahaja dan menjelaskan yang dia telah menghina Almarhum Sultan Abdul Halim dengan meninggalkan kata-kata kesah disitu.

Ramai netizen mengutuk tindakan lelaki ini dan mendakwa yang dia tidak menghormati Sultan negara ini.


Netizen di Facebook telah menjumpai beberapa maklumat tentang individu tersebut termasuk tempat kerjayanya di Genting Highland.

Terkini, lelaki tersebut telah pun memadamkan akaun Facebook miliknya kerana telah menerima terlampau banyak hentaman.

Mana tidaknya, namanya kini sudah tular di Facebook dengan pelbagai kata-kata kutukan oleh para netizen.

Itulah lain kali sebelum post apa-apa, fikir dulu. Apa kesannya pada orang yang membaca. Sesuai atau tidak?

Atau lagi bagus tak perlu komen apa-apa kalau anda tak ada benda yang elok untuk dikatakan. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori