Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pengerusi UMNO Johor Tersentuh...

JOHOR BAHRU - Pengerusi UMNO Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata beliau tersentuh...

Industri Pelancongan Boleh Maju,...

KANGAR - Industri pelancongan hanya akan tumbuh dan berkembang dengan promosi bersungguh-sungguh dilaksanakan...

Premis Makanan Dihadkan Operasi...

KUALA LUMPUR - Tempoh operasi premis makanan dan restoran yang sebelum ini dibuka...

Pemuda UMNO Cadang Skim...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO mahu kerajaan mewujudkan jaminan pinjaman bagi Skim...

Hospital Banting Dilengkapi Peranti ‘B-Tag & Track’

BANTING – Hospital Banting dipilih sebagai institusi perubatan kerajaan yang pertama dilengkapi sistem keselamatan bagi ibu dan bayi yang baru dilahirkan iaitu ‘B-Tag & Track’ sebagai usaha mengurangkan risiko kes kecurian atau penukaran bayi.

Sistem yang dibangunkan oleh Agensi Angkasa Negara (Angkasa) itu menggunakan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) pada alat perantinya bagi membolehkan kedudukan ibu serta bayi dikesan dengan tepat pada setiap masa ketika di dalam wad.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata sistem berkenaan dipercayai akan meningkatkan keyakinan rakyat untuk sentiasa memilih khidmat perubatan yang disediakan kerajaan khususnya dalam aspek melibatkan kelahiran bayi.

“Walaupun kes tertukar bayi bukan fenomena besar di negara ini, namun kita mengaplikasikan perkembangan teknologi untuk hasilkan sistem yang boleh membantu mengurus satu cabang perkhidmatan di hospital dengan baik demi menjamin keselamatan bayi semasa berada di wad.

“Bagi pihak Mosti, kita mahu meningkatkan kesedaran rakyat tentang kecanggihan teknologi dan diharapkan supaya sistem dan peranti ini dapat diperluaskan ke hospital-hospital kerajaan lain pada masa depan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan peranti ‘B-Tag & Track’ kepada Hospital Banting di sini, hari ini.

Menurut Madius, sejumlah RM200,000 diperuntukkan bagi pembangunan sistem berkenaan yang ia merupakan antara bajet untuk tujuan kajian penyelidikan oleh Mosti bagi menyemarak dan membudayakan lagi bidang sains, teknologi dan inovasi di negara ini.

Tambahnya lagi, semua pihak tidak perlu risau berlakunya sebarang penggodaman atau pencerobohan terhadap sistem keselamatan itu kerana ia sentiasa dipantau oleh Cyber Security Malaysia.

Sebagai perintis kepada sistem ‘B-Tag & Track’, Hospital Banting dilengkapi 20 set RFID untuk dipakai oleh ibu, bayi dan diletakkan pada katil bayi bagi kelahiran tunggal, satu set untuk bayi kelahiran kembar, enam alat penerima isyarat RFID yang dipasang di siling Wad 1 dan 2 serta empat lagi di pintu masuk dan keluar wad selain dua komputer berperisian keselamatan itu.


Sistem berkenaan juga berkeupayaan mengesan kesepadanan antara ibu, bayi dan katil bayi secara automatik dan peranti akan mengeluarkan bunyi siren jika tidak sepadan malah hanya boleh ditanggalkan oleh pihak hospital sebaik ibu dan bayi dibenarkan keluar wad.

Ketua Pengarah Angkasa, Dr Noordin Ahmad berkata para ibu tidak perlu risau untuk memakai peranti berkenaan kerana ia dijamin selamat dan tiada kesan sampingan pada bayi serta ibu malah tali perantinya juga tidak menimbulkan alahan.

“Peranti pada ibu dan bayi hanya boleh berjauhan dalam jarak satu setengah meter sahaja dan sebarang pergerakan sama ada cubaan memotong atau menanggalkan tali peranti boleh dikesan oleh jururawat bertugas iaitu secara bunyi siren dan notifikasi e-mel.

“Sistem ini mampu mengurangkan kecuaian atau kesilapan ketika memeriksa kod bayi yang dilakukan secara manual malah ia juga memudahkan jururawat memastikan tahap keselamatan bayi di wad sentiasa pada paras optimum,” katanya. – BERNAMA

Kategori