Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Operasi Restoran 24 Jam...

KUALA LUMPUR - Operasi restoran dan tempat makan 24 jam kekal seperti biasa...

Pulak Dah… Menteri Akui...

KETIKA negara gempar dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) menggantung tugas pengerusinya, Tan Sri...

Projek Felcra Jalan Semarak...

KUALA LUMPUR - Projek pembangunan hartanah bercampur di atas tanah milik Felcra Bhd...

Palestin: PAS Ucap Tahniah...

KUALA LUMPUR - PAS mengucapkan tahniah kepada wakil kerajaan Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa...

Hubungan Ariz Forteen & Zulin Kini Makin Renggang?

NAMA ahli kumpulan Forteen, Ariz sebelum ini hangat dikatakan begitu akrab dengan penyampai radio Suria FM, Zulin Aziz sehingga ada yang kaitkan mereka mempunyai hubungan cinta.

Namun, baru-baru ini hubungan kedua-dua sahabat ini nampaknya semakin hari semakin renggang dan mereka juga jarang dilihat bersama seperti kebiasaannya.

Apa yang berlaku tu agaknya ya?

Ariz, 28, atau nama sebenarnya, Saiful Ridzuan Abdul Hamid mengakui akan perkara tersebut dan mendedahkan faktor yang menjadi punca hubungan mereka menjadi renggang.

Ujarnya terdapat pihak yang cuba melaga-lagakan mereka dan ia merupakan punca kepada perkara berkenaan.

“Enam bulan juga persahabatan kami renggang dan situasi itu berlaku kerana pelbagai faktor termasuk ada pihak cuba melaga-lagakan kami.

“Siapa yang tidak marah apabila ada orang yang lakukan provokasi dan bercakap seperti kita tidak ada maruah diri!

“Tetapi saya malas hendak layan kena tidak suka ‘drama’ yang terjadi di sekeliling jadi lebih baik saya berdiam diri sahaja,” katanya dipetik mStar Online.


Bagaimanapun, Ariz berkata dia tidak pernah sama sekali bergaduh dengan Zulin cuma mengambil keputusan untuk menjauhkan diri buat seketika bagi mengelakkan masalah lain pula timbul.

“Walaupun sepanjang tempoh itu kami tidak bertegur sapa tetapi ia bukan bererti kami bergaduh cuma adat berkawan ada masa kita rapat dan sebaliknya,” ujar penyanyi yang berasal dari Melaka ini.

Tambah Ariz lagi, dia sedar tidak berbaloi mengorbankan hubungan persahabatan yang telah lama terjalin hanya kerana pihak ketiga yang cuba melaga-laga mereka.

Kini, Ariz memberitahu bahawa hubungan antara dirinya dengan Zulin telah kembali jernih dan kali ini dia mengakui lebih menghargai sahabatnya itu.

Haaa…Elok tu kalau dah berbaik semula. Buat orang ketiga bawak-bawaklah sedar diri jangan nak jadi punca gaduh orang saja. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Kategori