Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Video: Beca Berhantu, Berpusing...

SEBUAH beca tanpa pemandu yang berpusing dengan sendiri sehingga merosakkan gerai-gerai dalam pasar...

Permohonan Najib Dapatkan Dokumen...

KUALA LUMPUR - Permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mendapatkan...

Gadis Hanya Makan Ayam...

Tidak dinafikan ramai yang sukakan ayam KFC tetapi tentu sukar untuk membayangkan bagaimana...

Dalang Sindiket Dokumen Antarabangsa...

IPOH - Dalang utama sindiket pemalsuan dokumen antarabangsa yang aktif sejak kira-kira dua...

Hujan Lebat Awal Pagi Kawasan Rendah Dinaiki Air

KANGAR – Hujan lebat yang turun di negeri ini sejak awal pagi menyebabkan beberapa kawasan rendah dinaiki air, bagaimanapun sehingga tengah hari belum ada sebarang pemindahan mangsa banjir.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Perpaduan Negeri, Rela Ahmad menasihatkan mangsa banjir supaya sedia menerima arahan jika mereka diminta berpindah.

Bercakap kepada Bernama di sini, beliau berkata banjir cepat berlaku di kawasan rendah apabila air hujan bertembung dengan air pasang besar di Sungai Perlis.

Beliau telah meminta semua pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) supaya sama-sama mengawasi kejadian banjir yang berlaku di tempat mereka dengan bantuan anggota agensi-agensi kerajaan berkaitan.

Antara kawasan yang dinaiki air ialah Tebing Tinggi, Jalan Sungai Batu Pahat, Padang Melangit, Repuh, Kampung Bakau, Jejawi dan beberapa kawasan di Titi Tinggi.


Jurucakap Jabatan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( APM) Perlis memberitahu bahawa paras air di Empangan Timah Tasoh tengah hari ini ialah 29.27 meter dan keadaan masih terkawal.

Kawasan agak teruk dinaiki air setakat ini ialah Tebing Tinggi, Bintong dekat sini kerana kawasan itu menjadi laluan terusan untuk buangan air hujan ke laut. – BERNAMA

Kategori