Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Sah 2 Rakyat Malaysia...

KUALA LUMPUR - Dua pengebom berani mati kumpulan militan Daesh yang dipercayai membunuh...

PPM Rampas 21 Bubu...

JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua merampas 21 bubu udang...

Kedah Lakar Kemenangan Sulung...

KUALA LUMPUR - Juara Liga Perdana, Kedah mengutip tiga mata berharga dalam saingan...

Rohani Ucap Takziah Atas...

KUALA LUMPUR - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul...

Hujan, Ribut Jejas Aktiviti Harian Langkawi

LANGKAWI – Kejadian angin kencang dan hujan berterusan yang membadai pulau peranginan ini hari ini menjejaskan aktiviti harian penduduk dan pelancong selain turut menyaksikan kerosakan harta benda.

Sekurang-kurangnya 10 kenderaan dipercayai mengalami kerosakan selepas ditimpa pokok tumbang di sepanjang Jalan Pantai Kok di sini sementara bumbung beberapa buah rumah di beberapa lokasi diterbangkan angin kencang yang datang tiba-tiba.

Setidak-tidaknya itu yang tular menerusi media sosial, namun menurut Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Dr Che Ghazali Che Awang berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kerosakan harta benda.

“Barangkali mereka masih menilai anggaran kerosakan namun kita telah mengerahkan anggota ke akar umbi untuk melihat situasi dan juga menawarkan bantuan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Langkawi Isahak Murat berkata tiga keluarga dari Kampung Belak, Mukim Kedawang terpaksa berpindah selepas paras air mula naik mencecah lantai rumah masing-masing.

“Buat masa ini mereka ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang sementara menunggu keadaan bertambah baik,” kata Isahak yang juga Pegawai Daerah Langkawi.


Terdahulu, beliau memberitahu Bernama pengusaha pelancongan di pulau ini telah dinasihatkan agar menghentikan kegiatan di pantai buat sementara waktu sebagai langkah berjaga-jaga.

Beliau turut menasihati nelayan agar memantau laporan cuaca selain mendapatkan nasihat daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sebelum turun ke laut.

“Bilik operasi jawatankuasa di Pejabat Daerah Langkawi juga telah diaktifkan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat atau membuat sebarang pertanyaan berhubung banjir dan juga ribut di kawasan masing-masing,” katanya.

Orang ramai boleh menghubungi bilik operasi itu menerusi talian 04-9666963. – BERNAMA

Kategori