Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Latihan Kelawar Tingkat Kesiagaan...

Kuala Lumpur : Sebanyak 25 penerbangan malam atau "sortie" berjaya dilaksanakan Tentera Udara...

Faiz Subri, Jafri Sedia...

KUALA LUMPUR – Dua pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri dan Muhammad Jafri...

Pertukaran Portfolio Untuk Pulihkan...

KOTA KINABALU - Pertukaran portfolio antara Datuk Seri Bung Moktar Radin dengan Datuk...

BN Rampas Tanjung Piai...

PONTIAN - Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Wee Jeck Seng kembali merampas...

Ibu Ajar Elfira Jadi Isteri Sempurna

TIDAK dinafikan, jaika dalam hal menguruskan rumah tangga, kaum perempuan semestinya merujuk kepada ibuaa untuk diberi panduan dan pengajaran.

Bakal berkahwin tahun hadapan, pelakon genit Elfira Loy tidak terkecuali dalam hal ini.

Kata Elfira yang mesra disapa El ini, ibunya memberikan latihan kepadanya sebagai persediaan untuk bergelar isteri kelak.

Baca: Elfira Loy Dalam Proses Sedia Jadi Isteri Sufian Suhaimi

Malah, ‘ujian’ pertama yang diberikan oleh iabuanya adalah laranagan tidur selepas solat Subuh!

Jelas El, dia tidak dibenarkan menyambung tidur, sebaliknya perlu membuat kerja rumah.

“Ibu mahu saya menjadi isteri terbaik buat Suhaimi. Ibu sudah melatih saya buat macam-macam benda.

“Bermula selepas solat Subuh, saya perlu mengemas setiap ruang dan sudut di rumah biarpun tampak bersih. Saya juga perlu memasak untuk keluarga,” katanya kepada BH Online.

Baru-baru ini, El dan kekasihnya, Sufian Suhaimi mengumumkan akan bertunang pada 6 Oktober depan.

Tapi, itu tak bermakna El culas melakukan kerja rumah atau suka lewat bangun tidur, ya!


Tambah El, latihan itu bertujuan untuk dirinya membiasakan diri dengan rutin harian baru setelah berkahwin nanti.

Elfira jatuh hati dengan kesungguhan Sufian menyuntingnya sebagai isteri.

Dalam pada itu, mengenai apa yang istimewa pada Sufian yang berjaya menambat hati El, pelakon drama Separuh Jiwaku ini ternyata ada sebabnya sendiri.

Kata El, Sufian benar-benar serius dalam menjalin hubungan dengannya dan membuktiakan keikhlasannya dengan menghantar rombongan merisik bagi menyunting Elfira sebagai isteri.

Juga: Sufian Kahwin Elfira Dalam Beberapa Bulan Saja Lagi

“Sebelum ini, apabila berkenalan dengan lelaki, saya beri tempoh tiga bulan, adakah saya serasi dengan lelaki itu. Atau adakah lelaki terbabit bersungguh-sungguh dengan saya.

“Apabila berkenalan dengan Sufian, saya beritahu dia mengenai perkara ini. Tidak lama selepas itu, Sufian menghantar rombongan merisik. Daripada situ saya dapat melihat kesungguhan dan keikhlasan hatinya,” katanya.

Daripada bait-bait katanya, jelas sekali hati Elfira sedang berbunga-bunga menanti hari bahagia disatukan dengan Suhaimi. Apa-apa pun kami tumpang gembira terhadap kebahagiaan pasangan ini dan mendoakan semoga urusan pernikahan mereka dipermudahkan! – MYNEWSHUB.CC

Kategori