Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Almy Nadia Alah Makanan...

PASTINYA pasangan pelakon Almy Nadia dan suaminya, Fizz Fairuz dah tak sabar menghitung...

Izreen Azminda, Sherry Ibrahim...

MELALUI akaun Instagram, Izreen Azminda mengesahkan dia dan Sherry Ibrahim terlibat dalam satu...

Respon ‘Negatif’ Azmi Bikin...

HASRAT penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein mengadakan majlis aqiqah untuk anak perempuannya, Putri...

Ijazah Kejuruteraan Kimia Dari...

Memiliki ijazah dari pusat pengajian tinggi di barat mampu membuka peluang kepada seseorang...

Ibu Bapa Perlu Pantau Media Sosial Anak-Anak

MELAKA – Ibu bapa diingatkan supaya memantau penggunaan media sosial anak-anak bagi mengelakkan mereka terpengaruh dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan pemikiran dan jati diri.

Pengerusi Jawatankuasan Penerangan, Komunikasi dan Koperasi Melaka Datuk Latiff Tamby Chik berkata keprihatinan ibu bapa memantau pergaulan anak-anak melalui media sosial dapat mencegah kegiatan tidak berfaedah yang dilakukan anak-anak dari awal.

“Langkah ini tidak boleh dianggap remeh kerana walaupun pemantauan dilakukan masih terdapat kes terlepas pandang yang mendedahkan kanak-kanak dengan jenayah siber disebabkan mereka mudah mengakses laman-laman web pornografi.

“Kita lihat kanak-kanak kini seawal usia 12 tahun tanpa segan silu memuat naik gambar seksi mereka di media sosial untuk tontonan umum,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Seminar Media Sosial Peringkat Negeri Melaka 2017 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Wilayah Selatan Roszeta Kassim dan Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Melaka Nurhasnani Abdul Wahab.

Program berkenaan bertujuan memberi kefahaman dan kesedaran mengenai penyebaran maklumat palsu di media sosial serta impak penyebaran tersebut terhadap negara dan masyarakat selain mendedahkan trend jenayah siber yang berlaku di media sosial.


Pada masa sama Latiff turut menasihati ibu bapa agar berhati-hati dengan pemangsa pedofilia antarabangsa yang aktif di laman maya dan menyasarkan kanak-kanak termasuk di negara ini.

“Kepesatan teknologi memudahkan pedofilia tanpa mengira kedudukan geografi mengakses kanak-kanak di mana sahaja mereka berada termasuk di rumah,” katanya.

Menurut beliau sehingga Disember tahun lepas, sejumlah 244 laman komputer dan pornografi kanak-kanak disekat oleh MCMC hasil kerjasama dengan semua pihak termasuk Polis Diraja Malaysia. – BERNAMA

Kategori