Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pembayar Cukai Wira Negara

Pembayar cukai wira negara slogan yang sering diungkapkan, tetapi adakah kita sebagai rakyat...

LRT Percuma Laluan Kelana...

KUALA LUMPUR - Rapid Rail Sdn. Bhd. akan memberi perkhidmatan percuma selama tiga...

Esscom Tembak Mati 2...

KUNAK - Pasukan keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menembak mati...

Harga Minyak Jatuh: Bajet...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan langkah...

IKEA Beri Cuti Bapa Sebulan Untuk Staf Lelaki Di ASEAN

PUTRAJAYA – Setiap pekerja lelaki firma gedung perabot terkemuka IKEA di seluruh rantau Asia Tenggara yang baharu sahaja mendapat bayi, bakal diberikan cuti bapa selama empat minggu.

Demikian menurut syarikat gergasi Sweden itu dalam satu kenyataan semalam. Jumlah cuti bapa yang ditawarkan itu malahan adalah dua kali ganda lebih banyak berbanding apa yang diterima oleh golongan bapa di Singapura.

“Mulai tahun ini, di seluruh cawangan IKEA di Asia Tenggara, kami memperkenalkan satu bulan cuti bapa bergaji untuk membolehkan bapa baharu itu dapat ambil peranan lebih aktif di rumah selepas kelahiran seorang bayi.

“Ini satu langkah kecil yang memberi perbezaan besar kepada kaum bapa dalam perniagaan kami dan rakan sekerja mereka,” kata pengurusan IKEA menerusi satu kenyataan dalaman syarikat itu yang didedahkan kepada media.

Memandangkan dasar baharu itu mula berkuat kuasa pada 1 Januari lalu, 27 pekerja lelaki daripada 2,400 staf IKEA di rantau ASEAN ini telah pun memanfaatkannya, dan ia termasuk 14 orang bapa di IKEA cawangan Singapura.

“Cuti tersebut perlu diambil dalam masa enam bulan pertama selepas bayi itu dilahirkan. IKEA sentiasa mengambil berat terhadap kehidupan di rumah untuk keluarga – baik terhadap produk kami dan di tempat kerja kami sendiri.

“Kami melestarikan nilai-nilai asas kekeluargaan Sweden dan itu termasuk hak dari segi kesaksamaan jantina,” kata Lydia Song, Pengarah Bahagian Sumber Manusia untuk IKEA Asia Tenggara yang dipetik oleh media tempatan.


Untuk rekod, ibu bapa yang bekerja di Singapura turut mendapat cuti bergaji terkumpul selama 20 minggu selepas anak mereka selamat dilahirkan dan pada masa sama juga boleh meminta sehingga dua minggu cuti tanpa gaji.

Ini meliputi tempoh 16 minggu cuti bersalin, dua minggu pula cuti bapa yang dibayar, seminggu cuti penjagaan anak yang dibayar untuk setiap ibu bapa dan selama seminggu lagi cuti penjagaan bayi tanpa gaji bagi setiap ibu bapa.

IKEA kini mempunyai lebih 400 cawangan di serata dunia termasuk empat buah di Malaysia (dua dalam pembinaan iaitu di Johor Bahru dan Pulau Pinang), manakala dua lagi di Singapura, dua di Thailand dan sebuah di Indonesia.

Song dalam pada itu menambah bahawa pihak IKEA tidak pula ada sebarang rancangan untuk semak semula polisi cuti bersalin selama 16 minggu bagi golongan ibu yang bekerja dengan syarikat itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori