Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kesemua 158 Penumpang Dan...

SEMPORNA - Sebanyak 158 penumpang dan kru feri 'MB Juhairi' berjaya diselamatkan apabila...

Negara ASEAN Diseru Pertahan...

KUALA LUMPUR - Speaker dan anggota Parlimen negara ASEAN perlu mempertahankan sistem demokrasi...

Tak Tertekan Duduki Peperiksaan...

IPOH - Dua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkata mereka tidak menghadapi...

Najib Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan...

IKEA Nafi Ada Jual Berus Jamban Bernama Faraj

LONDON –  Gergasi gedung perabot terkemuka dunia, IKEA menafikan pernah menjual berus jamban dikenali sebagai Farage yang merujuk bahagian kemaluan wanita dalam bahasa Melayu.

Pada masa sama, syarikat berpangkalan di Sweden itu menyangkal dakwaan netizen di Britain konon perkataan itu merujuk kepada bekas pemimpin pembangkang, Nigel Farage dari Parti Kemerdekaan United Kingdom (UKIP).

Farage, 53, mula menjadi terkenal ekoran kelantangan beliau tegar mempertahankan tindakan pengundi Britain memilih untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) atau disebut sebagai Brexit pada referendum tahun lalu.

Ia sekali gus menyebabkan beliau menjadi bahan kemarahan ramai pemimpin EU di samping menyebabkan banyak firma multinasional blok Eropah itu mulai meminggirkan Britain terutama isu perdagangan dan pelaburan asing.

Namun ada netizen yang berdendam terhadap Farage cuba mengambil kesempatan apabila menyunting foto salah satu produk IKEA dijual di Britain dengan meletakkan nama beliau sebelum menularkan menerusi media sosial.

Nigel Farage (kiri) dan berus jamban Farage

Dengan harga hanya 80 pence (kira-kira RM4.50), ia sebagai tanda simbolik beliau cukup hina dan dikutuk oleh penyokong kumpulan anti-Brexit di Britain apabila Farage disamakan setaraf berus jamban yang murah sahaja.


Pihak IKEA di Britain yang turut terkejut dengan penularan foto palsu itu segera mengeluarkan kenyataan media untuk menyangkal ada menjual produk bernama sedemikian tetapi sebenarnya ia dinamakan sebagai Bolmen.

Nama itu sebetulnya bersempena dengan sebuah tasik di Sweden. Pada masa yang sama IKEA turut mengesahkan bahawa tiada produk bernama Farage untuk semua cawangannya di seluruh Malaysia dan Indonesia setakat ini.

Ia menjadi tular apabila ada segelintir netizen di dua buah negara berjiran itu terkejut dengan foto tersebut kerana nama faraj lazimnya dianggap sebagai lucah untuk dipamerkan secara terbuka. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori