Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Samsung Meningkat Ke Tempat...

KUALA LUMPUR - Samsung Electronics, syarikat teknologi utama Korea Selatan dan pembuat cip...

Gerakan Harapan Baru: PAS...

SUSULAN penubuhan Gerakan Harapan Baru yang diumumkan awal minggu ini, PAS dilaporkan menolak...

Netizen ‘Ejek’ Accent Mat...

SETIAP apa yang dimuat naik di laman sosial, bersedia sahajalah dengan risiko dikecam...

Cuti Panjang, Laluan Ke...

KUALA LUMPUR - Jumlah kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) pagi ini menunjukkan...

India Kecuali 6 Bulan Tempoh Bertenang Ingin Bercerai

NEW DELHI – Mahkamah Agung India memutuskan tempoh bertenang minimum enam bulan boleh dikecualikan untuk pasangan Hindu yang ingin bercerai, lapor agensi berita China Xinhua.

Pada masa ini, di bawah Akta Perkahwinan Hindu 1955, selepas perceraian difailkan di mahkamah keluarga, pasangan perlu menunggu 18 bulan – setahun tempoh tinggal berasingan diikuti enam bulan tempoh bertenang untuk melihat sama ada terdapat kemungkinan kembali bersama.

Menurut pihak mahkamah, tiada asas untuk “mengekalkan perkahwinan yang sudah tiada arah tuju dan memanjangkan penderitaan kedua-dua pihak”, terpulang kepada individu sama ada mahu tempoh bertenang atau sebaliknya.

“Walaupun segala usaha perlu dilakukan bagi menyelamatkan sebuah ikatan perkahwinan, namun jika sudah tiada peluang serta ruang bersatu semula, mahkamah tidak sepatutnya menghalang pasangan yang ingin berpisah memulakan kehidupan baharu.

“Pengecualian tempoh bertenang itu terpakai kepada pasangan yang telah menyelesaikan pertikaian yang timbul termasuk hak penjagaan anak,” kata Mahkamah Agung.


Perintah itu diputuskan mahkamah susulan pengakuan satu pasangan yang memohon pengecualian tempoh enam bulan atas alasan telah tinggal berasingan selama lapan tahun dan yakin tiada lagi jalan untuk berdamai. – BERNAMA

Kategori