Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Serah Dokumen, DNA, Bedah...

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini menetapkan 25 Oktober...

Duterte Izin Bunuh Anak...

MANILA - Presiden Filipina mengarahkan pihak polis untuk membunuh anaknya, Paolo Duterte jika...

2 Dalang Utama Sindiket...

KUALA LUMPUR - Dua lelaki warga asing dipercayai anggota sindiket penculikan warga asing...

Bayi Perempuan Baru Lahir...

KOTA BHARU - Seorang bayi perempuan dipercayai baharu dilahirkan ditinggalkan di atas siling...

India Yakin Projek Pelabuhan Chabahar Di Iran Tak Terjejas

NEW DELHI – Rancangan India untuk membangunkan Pelabuhan Chabahar di Iran tidak akan terjejas oleh pendirian Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap dasar Tehran, kata Menteri Perkapalan India Nitin Gadkari.

Ditanya sama ada pembekal peralatan penting akan menarik diri daripada perjanjian disebabkan dasar Iran, beliau berkata, India tidak mempunyai masalah dalam mendapatkan peralatan untuk projek berkenaan.

“Pesanan telah dimuktamadkan dan kami tidak berdepan sebarang kesukaran,” katanya kepada pemberita di New Delhi pada Rabu.

Pada Jun, laporan mengatakan pembuat peralatan pelabuhan Eropah enggan membuat tawaran untuk kontrak pembekalan kerana langkah bank yang lebih berhati-hati susulan sekatan AS.

Pentadbiran AS memberikan tekanan terhadap Iran disebabkan program nuklear negara itu.

Trump dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa menyifatkan, perjanjian nuklear Iran 2015 yang diterajui bekas Presiden Barack Obama sebagai “memalukan” dan membayangkan Washington tidak akan meneruskan perjanjian itu.


Pelabuhan Chabahar adalah kunci kepada hubungan jangka panjang India dengan Iran selain bertujuan meningkatkan dagangan dengan negara Asia Tengah, Afghanistan dan Rusia.

Projek itu dibangunkan India Ports Global Private Limited (IPGPL) dan akan dibina di wilayah Sistan-Baluchistan Iran dekat pantai tenggara Teluk Oman dan dijangka beroperasi penghujung 2018. – BERNAMA

Kategori