Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Subsidi Minyak Masak Paket...

PETALING JAYA – Pemberian subsidi bagi minyak masak jenis paket dengan isi padu...

Taman Tema Dinosaur Tarikan...

IPOH - Taman tema dinosaur dengan kos pembinaan RM7 juta bakal menjadi tarikan...

Basikal Dan Sofa Direka...

HIROSHIMA, Jepun - Mazda Motor Corporation akhirnya mempertontonkan kerja seni reka bentuk oleh...

Tuah Tangkap Udang Kara...

Maine (Amerika Syarikat) - Dua penangkap udang membuat tangkapan luar biasa apabila menjerat...

IRM & Syed Amran Bergabung Demi Somalia

SEBUT saja nama Syed Amran Al Yahya, pasti peminat muzik jalanan kenal penyanyi ini. Hampir tiga dekad anak seni kelahiran Balok, Pahang ini mengisi warna-warni muzik busking sekitar Kuala Lumpur.

Syed Amran orang lama. Dia pernah menyanyi di pedestrian Pasar Seni, Bus Stand Kelang, Jalan Petaling, Jalan Masjid India, KL Sentral, Food Court Jalan Raja Muda dan kini di warung mamak Selangor Mansion.

Selain menyanyi jalanan, Syed Amran komposer yang menyumbang lagu sejak era Iklim dan Toki. Lagu Biasan nayanyian Toki menjadi killer Song yang menyenaraikan nama Syed Amran dalam status Anugerah Juara Lagu.

Syed Amran menghasilkan album Selamat Malam Rohingya pada 2013 ketika krisis berdarah di Rakhine bermula dan Myanmar mula melancarkan kempen penghapusan etnik terhadap minoriti Muslim Rohingya.

Kini, Syed Amran kembali lagi dalam kempen bertemakan kemanusiaan. Rakan gabungannya ialah Islamic Relief Malaysia (IRM) dan fokus kini tertumpu bagi mengisi Dana Tabung Waqaf Membina Perigi di Somalia.

Basking For Somalia khusus bagi membantu IRM mengumpulkan dana RM1.5 juta bagi disalurkan ke Somalia yang tiga dekad dilanda krisis perang saudara dan bencana kemarau ekuinoks yang menyebabkan kebuluran.

“Kita bawa tema ini ke jalanan, tiap langkah ke puncak harus ada dokongan dari bawah,” kata Syed Amran.


Kempen Busking For Somalia akan bermula di Sogo, Sabtu 9 Ogos pukul 3 petang sebelum tema yang sama dibawa ke bandar-bandar utama seluruh negara.

“IRM mahu membawa penghayatan mengenai nasib penduduk Somalia ke jalanan. Ramai yang tahu isu Somalia, tetapi ia sekadar berita. Apa yang kita mahu daripada jelajah ini, ialah kesedaran untuk sama-sama membantu mengubah nasib penduduk miskin di Mogadishu,” kata CEO IRM, Zairulshahfuddin Zainal Abidin.

IRM katanya, sudah lebih sedekad berada di bumi Somalia dengan mengatur misi kemanusiaan pelbagai prospek. Selain makanan, kini IRM mahu menyediakan projek telaga di petempatan penduduk miskin supaya projek bekalan air bersih disediakan.

“Menyediakan air bersih bererti mentransformasi kualiti hidup penduduk Mogadishu. Air bersih mengelak penduduk daripada jangkitan taun. Selain itu, membantu sumber harian kepada sektor pembangunan, pendidikan dan pertanian. Sebuah telaga mampu memakmurkan nasib puluhan ribu penduduk,” kata Zairulshahfuddin.

Bagi peminat muzik jalanan, ayuh ke Sogo pada Sabtu ini dan mendengar lagu terbaharu Syed Amran berjudul Rindu Salma yang dilancarkan khusus sempena kempen ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori