Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Hasrat Bina Aplikasi Belajar...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Islam (ISESCO) Malaysia dengan kerjasama...

RM2.1 Juta Kutipan Saman...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencatatkan kutipan saman bernilai RM2.1 juta...

16 Kes Baharu HFMD...

KUANTAN - Enam belas kes baharu jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)...

Mayat Kanak-Kanak Lemas Di...

KOTA BAHARU - Mayat seorang kanak-kanak yang dipercayai lemas di Sungai Jerangau, Tanah...

Israel Berang Interpol Lulus Keanggotaan Palestin

BAITULMAQDIS – Israel berang dengan tindakan Interpol yang mengundi meluluskan Pihak Berkuasa Palestin (PNA) menjadi anggota pertubuhan polis antarabangsa itu, lapor agensi berita China Xinhua.

Keputusan itu dibuat meskipun rejim Zionis itu secara terbuka mengadakan kempen untuk menggagalkan proses undian berkenaan.

Terdahulu, keanggotaan Palestin dalam Interpol menerima undian melebihi majoriti dua pertiga.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengecam kelulusan itu dan tindakan berkenaan menurutnya melanggar perjanjian yang ditandatangani dengan negara haram Yahudi tersebut.

Netanyahu berkata, tindakan kepemimpinan Palestin sejak kebelakangan ini menyukarkan lagi peluang mencapai keamanan di antara kedua-dua negara.


Tindakan Palestin juga dilihat sebagai sebahagian daripada kempen negara itu untuk mendapatkan pengiktirafan antarabangsa sebagai sebuah negara.

Ditubuhkan pada 1923, Interpol adalah pertubuhan polis antarabangsa terbesar dunia, bertujuan memerangi jenayah serta keganasan, dianggotai 192 negara selepas kemasukan Kepulauan Solomon dan Palestin pada Rabu. – BERNAMA

Kategori