BAITULMAQDIS – Israel akan menutup pintu sempadan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza selama dua hari bermula tengah malam ini, menjelang sambutan perayaan ‘Day of Atonement’,
Agensi berita China Xinhua melaporkan bahawa tentera rejim Zionis itu pada Khamis mengumumkan penutupan bermula pukul 12.01 tengah malam (21:01 GMT).
“Penutupan dijangka hingga tengah malam Sabtu namun bergantung kepada keadaan semasa,” kata jurucakap tentera Yahudi tersebut dalam satu kenyataan media.
Ekoran itu, semua pusat pemeriksaan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza ditutup dan rakyat Palestin tidak dibenarkan keluar atau masuk ke wilayah itu kecuali untuk kes kemanusiaan tertentu.
Bagaimanapun arahan penutupan itu tidak tertakluk kepada penduduk Yahudi yang tinggal di penempatan haram di Tebing Barat. – BERNAMA