Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Polis Nafi Tahan 2...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor menafikan pihaknya menahan dua...

LTTE: Ketua Pegawai Eksekutif...

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka mengaku tidak bersalah...

PDRM Cadang Perluas Penggunaan...

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang memperluaskan penggunaan sistem E-Reporting iaitu...

Banjir Di Terengganu Dan...

KUALA LUMPUR : Situasi banjir di Terengganu dan Kelantan bertambah baik pagi ini...

Isteri PM Israel Didakwa Salah Guna Wang Awam

BAITULMAQDIS – Isteri Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, Sara Netanyahu akan didakwa kerana melakukan penipuan membabitkan barangan bernilai $115,000, lapor agensi berita China Xinhua.

Memetik laporan Channel 2 TV News, Peguam Negara Israel, Avichai Mandleblit dijangka mengumumkan perkara itu hari ini.

Sara Netanyahu disiasat kerana melakukan pesanan serta tempahan barangan yang menimbulkan kesangsian apabila melaporkannya sebagai perbelanjaan awam dan bukan membayar secara peribadi.

Beliau menempah hidangan istimewa serta membeli perabot taman untuk vila keluarga Netanyahu di Caesarea, sebuah bandar kaya di tengah Israel dan mengisytiharkannya sebagai perbelanjaan awam.

Di samping itu, beliau turut disiasat kerana menggunakan seorang pegawai kediaman rasmi perdana menteri di Baitulmaqdis sebagai penjaga bapanya.


Pejabat Perdana Menteri Israel bagaimanapun menafikan laporan itu. Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu juga sedang disiasat atas dua kesalahan rasuah. – BERNAMA

Kategori