Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kes Jong-nam: Misteri Bahan...

SEPANG - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sedang...

“Rakyat Tidak Bodoh Lagi...

ALOR SETAR - Dakwaan kononnya masyarakat Siam di Kedah kini cenderung menyokong pembangkang...

Jangan Buat Rumusan Negatif...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Najib Perlu Bayar RM1.69...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu membayar...

JAIPK Rampas Selipar Ada Kalimah Syahadah

LUMUT – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) merampas sepasang selipar dipercayai menggunakan kertas mengandungi kalimah syahadah sebagai pelapik bahagian dalamnya, di sebuah hotel di Sitiawan, semalam.

Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Manjung Roslin Om berkata rampasan yang dibuat melalui unit penguatkuasaan Pejabat Agama Daerah Manjung itu dilakukan kira-kira pukul 11 pagi, semalam, selepas mendapat maklumat daripada orang awam.

“Kami memeriksa beberapa pasang selipar namun hanya sepasang sahaja yang menggunakan kertas keras mengandungi kalimah syahadah pada sebelah bahagian dalamnya.

“Selipar yang lain tidak mempunyai ayat suci al-Quran sebaliknya menggunakan gambar kartun,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Roslin berkata perkara itu disedari pelanggan hotel tersebut apabila pelapik selipar yang digunakan terkoyak sehingga mendedahkan bahagian bawahnya yang mempunyai kalimah suci.

“Pengurusan hotel mendakwa tidak mengetahui perkara itu dan mereka turut berasa kesal dengan pihak yang membuat selipar tersebut kerana tidak menjaga sensitiviti masyarakat beragama Islam,” katanya.


Sementara itu, Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusof Husin ketika dihubungi mengesahkan rampasan dibuat dan memaklumkan pihaknya sudah membuat laporan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk tindakan lanjut.

Penggunaan kertas keras mengandungi kalimah syahadah itu turut menjadi tural di laman sosial sejak malam tadi.

Insiden itu dikritik netizen yang menganggap ia cubaan memperlekeh dan tidak menjaga sensitiviti agama Islam dan mahu pihak berwajib membuat tindakan segera. – BERNAMA

Kategori