Sunday, January 12, 2025

Creating liberating content

Rita Datuk Sosilawati Lancar...

KUALA LUMPUR - Pemilik produk kecantikan Nouvelles Visages, Rita Datuk Sosilawati meluaskan empayar perniagaannya...

Minum Air Kencing Anjing...

JIJIK...seorang wanita sanggup minum air kencing anjing peliharaannya kononnya ia dapat mengubati masalah...

Rakam Video Bogel Akibat...

SIAPA sangka perbuatan berbalas pesanan dengan seorang 'wanita cantik' telah bertukar mimpi ngeri...

Sultan Brunei Wajib Murid...

BANDAR SERI BEGAWAN – Jika di Malaysia, Pakatan Harapan bantah arahan murid solat...

Jambatan Sultan Yusuf Ditutup Empat Bulan

IPOH – Penutupan Jambatan Sultan Yusuf terpaksa dilanjutkan berikutan penemuan kecacatan serius yang boleh menjejaskan struktur dan keselamatan jambatan berkenaan.

Exco Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, penutupan ini dijangka berlanjutan selama empat bulan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan jambatan yang masih lagi diteruskan.

Menurutnya, selepas penilaian ke atas struktur jambatan dilakukan didapati struktur di satu rentang jambatan perlu diperkukuhkan lagi bagi memastikan ‘structural integrity’ jambatan disahkan selamat untuk pengguna jalan raya menggunakannya.

“Pengguna disaran untuk menggunakan laluan alternatif ke Manjung/Sitiawan dan ke Teluk Intan/Sabak Bernam.

“Bagi pengguna lebuh raya Utara Selatan dari arah Selatan boleh menggunakan laluan exit tol Simpang Pulai – Batu Gajah – Bota manakala pengguna dari arah Utara boleh menggunakan laluan exit tol Ipoh Utara – Jelapang – Pusing – Bota,” katanya.


Zainol Fadzi manasihatkan pengguna mematuhi tanda arah dan papan tanda keselamatan yang disediakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Kami amat menyesali kesukaran yang terpaksa dialami oleh pengguna-pengguna jalan raya akibat dari kerja-kerja yang terpaksa dilaksanakan demi menjaga keselamatan pengguna jalan raya,” katanya. – Sinar Harian

Kategori