Saturday, July 6, 2024

Creating liberating content

Cef Terbaik Dunia Meninggal...

Cef terbaik dunia, Benoît Violier, 44; ditemui mati akibat bunuh diri, hanya beberapa...

Zuraida Hadir Mesyuarat Kabinet...

PUTRAJAYA : Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin hadir mesyuarat Kabinet...

Rumpai Miang Mexico Dikesan...

SEREMBAN - Tiga lagi kawasan di Negeri Sembilan iaitu Labu, Sendayan dan Jempol...

K’jaan Selangor Mahu Mansuhkan...

KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) menyokong cadangan Menteri...

Jangan Abaikan Pendidikan Anak Biarpun Miskin

TAWAU – Masyarakat luar bandar, khususnya di Sabah, dinasihatkan agar tidak mengabaikan pendidikan anak-anak dengan menjadikan kemiskinan sebagai alasan.

Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh berkata kerajaan hari ini menyediakan pelbagai bantuan dalam memastikan rakyat di setiap pelosok negara ini mendapat pendidikan sempurna.

“Tanpa pendidikan golongan muda tersebut sudah tentu sukar bersaing mengejar kejayaan dan negara juga akan kerugian kerana ketandusan golongan berilmu yang bakal mewarisi kepimpinan di masa hadapan,” kata Ketua UMNO Bahagian Kalabakan itu ketika merasmikan ‘Program Rural Education Outreach’ anjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sini.

Dalam pada itu, Abdul Ghapur berkata UMNO Kalabakan bersedia membantu pelajar yang mencapai keputusan cemerlang tetapi tidak berkemampuan melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

“Kalau ada pelajar cemerlang yang dapat 5A ke atas tetapi keluarganya tidak mampu, maklumkan kepada kita dan kita akan bantu sampai ke menara gading,” katanya lagi.


Menurutnya kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak sentiasa mahu memberikan pulangan perkhidmatan serta bantuan yang memberi manfaat kepada rakyat. – BERNAMA

Kategori