Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Guan Eng Berterima Kasih...

KUALA LUMPUR - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengakui bencana banjir...

Pahlawan Negara Kapt (B)...

KUALA LUMPUR - Pahlawan negara, Kapten (B) Hamid Awang yang pernah bertempur menentang...

Hanya Kerana Berbaju Kurung,...

Hanya bersandarkan alasan melanggar etika berpakaian kerana mengenakan baju kurung, seorang bapa mendakwa,...

Permaisuri Agong Curi Tumpuan...

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencuri tumpuan netizen di...

Jangan Jadi ‘Musuh Dalam Selimut’ – Subramaniam

KUALA LUMPUR – Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam hari ini mengingatkan anggota MIC, agar tidak menjadi ‘musuh dalam selimut’, kerana ia boleh menghancurkan parti yang dibina sejak 71 tahun yang lalu.

Beliau menegur tindakan segelintir anggota MIC yang sengaja ”menamakan” diri sendiri sebagai calon kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14), walaupun nama calon belum dimuktamadkan.

“Sesetengah telah menganggap diri mereka sebagai calon PRU14. Tindakan seumpama ini sudah cukup untuk membawa kebinasaan kepada MIC yang telah dibina sekian lama.

“Kalau tiga calon ‘memilih diri sendiri’ untuk bertanding di satu-satu kawasan, ia seakan-akan menggali kubur sendiri. Oleh itu, hari ini, saya menyeru semua ahli MIC untuk bekerjasama dan bersatu dalam menyokong calon MIC yang akan dipilih nanti,” katanya ketika berucap pada hari pertama Perhimpunan Agung MIC ke-71 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan akan menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan Agung MIC esok.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan anggota MIC agar sentiasa mengutamakan sikap bersatu padu dan saling hormat menghormati antara satu sama lain dalam mengekalkan momentum sebagai satu pasukan, dan bukannya untuk kepentingan individu.

“Kita sedia maklum PRU14 adalah mencabar. Kita tidak boleh membenarkan parti India yang lain mengambil alih peranan MIC dalam Barisan Nasional (BN). Justeru, kita perlu mengembalikan kegemilangan MIC dengan memenangi lebih kerusi berbanding PRU13.

“Kita perlu melipatgandakan usaha dalam mengembalikan semula kepercayaan (penuh) masyarakat India. Itulah janji kita kepada kaum India. Kita tidak akan melepaskan mereka begitu sahaja,” katanya.

Sebelum ini, Dr Subramaniam dilaporkan berkata MIC menyasarkan memenangi tujuh kerusi Parlimen dan 13 kerusi DUN daripada keseluruhan 28 kerusi yang dijangka ditandingi pada PRU14.


Pada PRU13 pada 2013, MIC menang empat daripada sembilan kerusi Parlimen dan lima daripada 18 kerusi DUN yang ditandinginya.

Menurut Dr Subramaniam, MIC menyasarkan untuk meningkatkan peratusan undi kaum India kepada BN, daripada 45 peratus hingga 50 peratus, pada PRU13, kepada 60 peratus pada PRU14.

Katanya usaha parti setakat ini berjaya mendaftarkan pengundi baharu kedua terbanyak selepas UMNO dalam barisan komponen BN.

“Pelan Tindakan Pembangunan Masyarakat India merupakan senjata untuk meyakinkan kaum India bagi menaruh kepercayaan kepada kepimpinan MIC dan BN serta meningkatkan kedudukan masyarakat India,” jelas beliau.

Pada April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Pelan Tindakan Pembangunan Masyarakat India sebagai dokumen rasmi kerajaan untuk pembangunan komuniti India di negara ini bagi tempoh 10 tahun akan datang. – BERNAMA

Kategori