Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tun M Dimasukkan Ke...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad telah dimasukkan ke...

Rindu Tok Wan, Si...

HARI ini tular satu video yang menyayat hati di laman Facebook. Video itu menunjukkan...

“Ada Silap Teknikal, Doktor...

SERING kali kita dengar feedback kurang enak daripada penonton jika ada babak lakonan...

Setelah 6 Bulan, Barulah...

MUDAHNYA... Selepas enam bulan Pakatan Harapan (PH) dikutuk peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional...

Jeans Koyak Nampak Lutut, Neelofa Ada Alasan Sendiri

SERING kali kita mendengar mengenai isu selebriti berhijab dan pendedahan aurat. Dua perkara berbeza ini bagaikan isu sensitif jika ia melibatkan golongan artis terkenal.

Sejak kelmarin lagi, nama Neelofa mula diperkatakan ekoran satu gambar dia memakai seluar jeans jenis koyak telah dimuat naik yang menampakkan bahagian kulit lututnya. Betul ke tu?

Sebelum ni, adik kepada Neelofa, Ameera Khan telah dikecam kerana memakai baju terdedah dibahagian perut dan belakang badannya. Lofa turut terkena tempias kerana dikatakan tidak menasihati adiknya itu.

Bagaimanapun, Noor Nabila iaitu kakak kedua Lofa telah membela adiknya dan mengatakan dia memakai legging berwarna kulit. Jadi sebab itulah ianya kelihatan seperti warna kulit sebenar.

Foto itu telah diambil ketika mereka sedang melawat Neelofa yang berada di Milan, Itali bagi menghadiri majlis minggu fesyen istimewa Swarovski di sana.

Bagi Nabila, apa yang dipakai oleh adiknya itu bukanlah satu perkara yang perlu diperbesarkan hanya kerana telah menerima gelaran ‘Hajah’ itu.


Ramai netizen mempersoalkan cara pemakaian Neelofa yang dikatakan semakin hari semakin banyak yang terdedah. Lebih-lebih lagi dengan gelaran ‘Hajah’ selepas dia pulang menunaikan haji pada tahun lalu.

Lofa hanya mendiamkan diri tanpa mengeluarkan kenyataan berhubung gambar tersebut. Dia lebih memilih untuk fokus dengan tujuan utamanya ke kota fesyen popular itu.

Mungkin selepas selesai sahaja urusan di sana, dia akan jelaskan mengenai isu yang hangat diperkatakan ini. Tapi dengarnya bulan Oktober ni Lofa bakal terbang pula ke Boston, Amerika Syarikat (AS) bagi menjalani sebuah program istimewa bersama dengan majalah antarabangsa, Forbes.

Wah… Sibuk betul Lofa tahun ni ya. Banyak rezeki yang mencurah sejak bergelar usahawan ni. Baru-baru ni pun dia baru sahaja pulang dari AS bagi menghadiri program persidangan belia anjuran Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Apa yang kami boleh katakan disini, kita tunggu sahaja jika selepas ini jika Lofa ada mengeluarkan apa-apa kenyataan, atau dia hanya mendiamkan diri dan isu ini akan terkubur dengan sendirinya.

Tidak salah jika kita ingin menegur, tapi berpada-pada lah. Jangan sampai menyentuh isu peribadi seseorang. Takut nanti terkena dekat batang hidung sendiri. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori