Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Polis Tawau Tahan 6...

TAWAU - Polis menahan enam suspek termasuk seorang remaja perempuan disyaki terlibat dalam...

Uqasha Minta Maaf Pegang...

KUALA LUMPUR - Pelakon Uqasha Senrose memberitahu dia sudah menyampaikan pesanan meminta maaf...

Akta Pencegahan Keganasan Bukan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi...

Trak Rempuh Orang Ramai...

PARIS - Seorang penyerang telah mengorbankan lebih 70 orang dan mencederakan 100 yang...

Jemaah Haji Rasa Tak Akan Pulang Ke Malaysia

GEMAS – Jemaah haji Malaysia yang meninggal di Makkah pernah meluahkan perasaan yang beliau tidak akan kembali semula ke tanah air.

Perkara itu diluahkan Ngabedan A Latib, 69, kepada sepupunya sebelum beliau bertolak ke Makkah pada 3 Ogos lepas.

Allahyarham meninggal di hospital di Makkah pada 11 September akibat jangkitan kuman pada paru-parunya.

“Arwah ada bercakap dengan sepupunya selamat pergi, tak kembali dan ketika itu anak saya juga dapat merasakan seperti ada yang tak kena dengan suami saya,” kata isteri Allahyarham, Rohanah Osman, 60.

Beliau hari ini dikunjungi wakil Lembaga Tabung Haji (TH) di rumahnya di Felda Jelai 2 dekat sini.

Rohanah yang turut sama menunaikan haji bersama suami berkata suaminya sudah lima tahun menghidap strok namun kelihatan sihat ketika bertolak ke Makkah.


“Arwah menunggu selama 10 tahun untuk dipanggil menunaikan haji dan apabila mendapat surat tawaran dari TH, dia sangat seronok dan tak sabar hendak ke sana,” katanya.

Dalam ziarah hari ini, Timbalan Pengarah TH Negeri Sembilan, Abdul Malek Hassan menyampaikan sumbangan takaful khairat kematian kepada waris Ngabedan.

Abdul Malek berkata jenazah Ngabedan dikebumikan di Tanah Perkuburan Syara’ie pada 12 September. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Haji

Kategori