Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

1 Lagi Mayat Orang...

GUA MUSANG - Satu lagi mayat orang asli dari suku kaum Bateq Kuala...

Polis Rampas Cecair Vape...

GEORGETOWN - Polis merampas 199 botol cecair vape bernilai RM12,000 yang disyaki mengandungi...

PH, PPBM Bertelagah Tukar...

KUALA LUMPUR - Belum pun sah bersama, Pakatan Harapan yang dibarisi DAP, Parti...

Semak Status Sekatan Perjalanan...

Sempena dengan cuti panjang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri...

Jemaah Malaysia Selesai Melontar Jamrah Kubra

MINA – Kesemua jemaah haji Malaysia pada Jumaat telah selesai menunaikan wajib haji melontar Jamrah Kubra di Mina, sebagai simbolik merejam syaitan.

Selepas menyempurnakan ibadat melontar di Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah (1 September) itu, jemaah  Malaysia sudah memperoleh tahhalul awal iaitu bebas daripada 10 larangan ihram dan hanya terikat dengan tiga larangan lagi.

Kesemua jemaah haji Malaysia akan berada di Mina sehingga 13 Zulhijjah (4 September) ​​untuk melontar di ketiga-tiga jamrah  – Sugra, Wusta dan Kubra – pada Hari Tasyrik 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Jemaah haji yang melakukan ‘nafar thani’ akan bermabit (berada seketika atau bermalam) di Mina sehingga 13 Zulhijjah, manakala jemaah yang melakukan ‘nafar awwal’ akan berada di Mina sehingga 12 Zulhijjah (3 September).

Pengarah Operasi Masyair, Mohd Norber Kassim berkata pergerakan jemaah haji Malaysia untuk ibadat melontar Jamrah Kubra itu, berjalan lancar dan selamat, namun ada beberapa kes jemaah Malaysia yang tersasar dan kepenatan.

“Bagi mereka yang tersasar atau sakit, kita terus menghantar bantuan dengan segera. Kita ada petugas di beberapa pos menunggu dan pasukan penyelamat yang terdiri daripada petugas perubatan dan kebajikan,” katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau berkata jarak maktab perkhemahan jemaah haji Malaysia dengan Kompleks Jamrah itu adalah kira-kira 3.5km.


Mohd Norber seterusnya menasihatkan jemaah Malaysia supaya mematuhi jadual dan laluan untuk melontar ketiga-tiga jamrah tersebut yang telah ditetapkan pihak berkuasa Arab Saudi dan Lembaga  Tabung Haji bagi mengelak mereka tersasar dan gagal pulang ke khemah penempatan masing-masing.

“Sepanjang melakukan ibadat melontar, jemaah haji Malaysia juga dinasihatkan untuk menjaga kesihatan dan mengelak daripada berjalan terlalu lama dalam keadaan cuaca panas terik kerana ia boleh mengakibatkan strok haba.

“Kebanyakan kes melibatkan masalah kesihatan adalah disebabkan kepenatan, kekejangan otot dan strok haba,” katanya, sambil menambah Lembaga Tabung Haji turut mempunyai pusat perubatan di Mina.

Setelah selesai melakukan ibadat melontar, jemaah Malaysia akan ke Makkah untuk tawaf dan saie bagi menyempurnakan rukun haji. – BERNAMA

Kategori