Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

2 Bekas NUJ Tempelak...

KAMI akui pernah dibuang kerja dari Utusan Melayu (M) Berhad atas perjuangan bersama...

5 Pendatang Asing Maut...

TEXAS - Lima pendatang asing maut manakala beberapa lagi cedera selepas kenderaan yang...

Anak Diharap Jadi Ustazah...

SHAH ALAM – Impian seorang ibu untuk melihat anaknya bergelar ustazah hancur berkecai...

Sukan SEA: Upacara Penutup...

HANYA kurang beberapa jam sebelum Sukan SEA Kuala Lumpur melabuhkan tirainya, rata-rata barisan...

Jenama Mak Cun Di Pentas New York Fashion Week

NAMANYA terkenal dengan lakonan watak Mak Cun yang bersahaja. Disebabkan Mak Cun juga, kini Erma Fatima berjaya menempa nama di New York Fashion Week 2017.

Jika dulu jenama Mak Cun yang diterajuinya mendapat kritikan daripada netizen kerana kata mereka, jenama tersebut agak kekampungan.

Namun, rasanya sekarang Erma berjaya menepis kritikan tersebut dan membuktikan yang jenamanya juga setanding dengan jenama pereka fesyen yang lain.

Semalam, berlangsungnya fashion show jenama Mak Cun di pentas New York Fashion Week yang bertempat di Crowne Plaza, New York, Amerika Syarikat.

Erma antara tiga nama yang berjaya membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa dengan bantuan Persatuan Wanita Bumiputera dalam Perniagaan dan Profesyen (Peniagawati). Peluang keemasan seperti ini juga turut diberikan kepada pereka fesyen Sara J dan Eja Shahril.

Yang menariknya, fashion show ini diiringi alunan suara Betty Rahmad yang mendendangkan lagu Jeritan Batinku. Mantap juga suara Betty ya!

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on

Menurut Erma, berada di pentas ini sangat bermakna apabila Umie Aida dan Betty Rahmad ada di sampingnya semasa fashion show ini berlangsung.

“Moment yang paling membahagiakan aku adalah aku di pentas ini bersama adik-adik ku,” tulisnya di laman Instagram.


Selain Umie dan Betty, pereka fesyen Asyraf Zainal dan Amad menjadi tulang belakang jenama Mak Cun di pentas besar ini. Mereka orang yang bertanggungjawab melakar idea-idea koleksi baju sebelum dipersembahkan.

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on

Kakak kepada Umie Aida ini juga mengakui walaupun dirinya baharu dalam bidang ini, tetapi dia bangga membawa nama Malaysia sejauh ini.

“Aku bukan yang terbaik. Tidak juga yang terhebat.

“Aku berdiri dengan bangganya sebagai rakyat Malaysia di pentas ini,” tulisnya.

Dengar-dengarnya pengambaran drama Mak Cun juga akan turun diadakan di sana memandangkan Umie Aida turut serta ke New York.

Wahhh.. dulu hanya drama sahaja yang dirakamkan di sana, kini jenamanya pula yang ada di sana. Tahniah diucapkan! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on

Kategori