Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ais Kering Pastikan Musang...

NANNING - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menggunakan teknologi ‘ais kering’ bagi memastikan...

Lelaki Warga India Pulang...

NEW DELHI: Seorang lelaki India berusia 32 tahun yang tiba di Mumbai dari...

KP1M Belanja RM10 Juta...

KEPALA BATAS - Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) membelanjakan sebanyak RM10 juta bagi membantu...

Budak 3 Tahun Ada...

SEORANG budak perempuan berusia tiga tahun berjaya sembuh selepas menjadi pesakit kanser payudara...

JKR Pantau Kawasan Cerun Berisiko Runtuh

GEORGETOWN – Jabatan Kerja Raya (JKR) meningkatkan pemantauan di kawasan cerun berisiko berlaku runtuhan di negeri ini sebagai langkah menghadapi Taufan Doksuri yang dijangka menyebabkan berlaku taburan hujan luar biasa.

Pengarah JKR Pulau Pinang, Ahmad Redza Ghulam Rasool berkata, sejak 15 September lepas, sebanyak 41 lokasi di Pulau Pinang telah dilaporkan berlakunya tanah runtuh tetapi ia tidak serius dan tidak melibatkan struktur bangunan.

“Kita akan melaksanakan pemeriksaan berterusan di setiap cerun-cerun bukit di mana ada berlakunya tanda-tanda kegagalan cerun seperti pokok condong, sistem perparitan tidak berfunsi dan juga retakan,” katanya kepada pemberita ketika mengiringi Ketua Menteri Lim Guan Eng melawat lokasi tanah runtuh di Pangsapuri Kayangan Puri Mutiara di Medan Fettes di sini, hari ini.

Beliau berkata kerja pembersihan dilakukan segera di lokasi yang dilaporkan berlakunya tanah runtuh dan sekiranya ia menghalang lalu lintas, kerja pembersihan itu akan diselesaikan dalam tempoh dua jam.

Menurutnya, prosedur operasi standard (SOP) JKR sekiranya berlaku tanah runtuh yang pertama adalah memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan penduduk setempat.

“Selepas itu, kami akan bersihkan cerun dan menjalankan langkah-langkah memastikan sistem perparitan berfungsi supaya air larian hujan tidak akan turun ke cerun. Kemudian kami akan tutup cerun yang runtuh itu dengan plastik untuk menahan aliran air hujan sebelum menjalankan langkah-langkah menyelamatkan cerun itu daripada hakisan,” katanya.

Ahmad Redza turut menasihatkan penduduk yang duduk berhampiran lereng bukit supaya sentiasa berwaspada dan sekiranya mendapati tanda-tanda kegagalan cerun seperti pokok condong atau kesan retakan, mereka harus melaporkan kepada pihak JKR atau Majlis Bandaraya Pulau Pinang.


Sementara itu, Guan Eng berkata, kerajaan negeri memutuskan memberikan bantuan kewangan RM400 kepada setiap keluarga yang terlibat dalam bencana banjir kilat pada 15 September lepas.

“Borang permohonan bantuan akan dikeluarkan Isnin depan di mana-mana pejabat wakil rakyat kerajaan negeri dan maklumat mengenai kelayakan memohon itu akan diumum kelak,” katanya.

Hujan lebat sejak awal pagi semalam mengakibatkan hampir 50 kawasan di sekitar Pulau Pinang dilanda banjir kilat dan beberapa kawasan mengalami kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang.

Banjir dikatakan berpunca daripada tempias Taufan Doksuri yang melanda Vietnam dan menyebabkan taburan hujan luar biasa. – Bernama

Kategori