Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jenazah Bapa MB Terengganu...

KUALA TERENGGANU - Jenazah bapa Menteri Besar Terengganu, Allahyarham Abdul Rahman Mohammad selamat...

Emosi Terganggu, Ezad Lazim...

PETALING JAYA - Penyanyi Ezad Lazim memberitahu dia cuba mendapatkan rawatan perubatan secara...

Tukang Gunting Rambut Ini...

NEW DELHI - Menjadi tukang gunting dianggap sebagai kerjaya yang tidak menghasilkan banyak...

Harga Rumah Masih Paras...

KUALA LUMPUR - Harga rumah di Malaysia masih berada pada paras yang sangat...

Johor Dibenar Guna Ruang Udara Korea Utara

JOHOR BAHRU – Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah menerima kunjungan Charge D’Affairs Korea Utara, Kim Yu-song, di Istana Bukit Serene, Johor, semalam, Selasa.

Pertemuan ini membincangkan hubungan dua hala dan juga mengenai isu semasa dunia.

Di samping itu, mereka turut membincangkan perlawanan Pusingan Akhir Kelayakan AFC Asian Cup UAE 2019 Peringkat Kumpulan B di mana kedua-dua pasukan akan menjamin keselamatan para pemain dan pegawai pasukan.

Hasil pertemuan itu juga menyaksikan Tunku Mahkota Johor diberi penghormatan istimewa iaitu kebenaran sepenuhnya untuk menggunakan ruang udara terus dari Johor ke Pyongyang pada bila-bila masa sahaja sekiranya baginda ingin melawat negara Korea Utara.

Ini merupakan satu penghormatan tertinggi kerana sebelum ini, mana-mana pihak di dunia ini adalah perlu untuk berhenti di Beijing terlebih dahulu.

Dalam satu kenyataan di Facebook Johor Southern Tigers berkata:


“Perbincangan tersebut membuahkan hasil yang sangat positif di mana pada masa yang sama, Tunku Mahkota Johor turut memberi ucapan antara dua pemimpin iaitu antara baginda dan pemimpin tertinggi Korea Utara.

“Ini merupakan satu penghormatan tertinggi kerana sebelum ini, mana-mana pihak di dunia ini adalah perlu untuk berhenti di Beijing terlebih dahulu. ALLAH Peliharakan Sultan,” petik kenyataan itu lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori