Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tiada Rakyat Malaysia Jejas...

PUTRAJAYA - Kementerian Luar hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam...

Shia Labeouf Anjur Movie...

PELAKON Shia Labeouf ada caranya yang tersendiri bagi menghargai peminatnya.Dengan mengadakan movie marathon...

Dua Rakyat Malaysia Mangsa...

SEMPORNA - Dua rakyat Malaysia yang diculik oleh kumpulan pemberontak Abu Sayyaf masih...

Kerajaan PH Digelar Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengucapkan selamat 'menyambut'...

JPJ Akan Jalani Penjenamaan Semula – KP

PUTRJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menjalani proses penjenamaan semula supaya tidak dilihat sebagai satu jabatan yang menyusahkan rakyat, kata Ketua Pengarah baharunya, Datuk Shaharuddin Khalid.

Bercakap kepada pemberita pada hari pertama melapor diri bertugas di ibu pejabat JPJ di sini hari ini, katanya beliau akan menyemak semula sistem dan prosedur di JPJ jika ia didapati menyusahkan rakyat.

Shaharuddin, 57, yang sebelum ini merupakan Ketua Penasihat Eksekutif Pejabat Penasihat Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata beliau berazam untuk meningkatkan tadbir urus jabatan tersebut bagi menjadikannya agensi penguat kuasa jalan raya yang cemerlang dan unggul di ASEAN.

“Saya tidak mahu dilihat sebagai pembanteras rasuah. Setiap sektor kerajaan komited untuk menolak rasuah dan ini merupakan proses berterusan,” katanya ketika mengulas berhubung latar belakangnya daripada SPRM.

Beliau menyertai Badan Pencegahan Rasuah yang kini SPRM sebagai pegawai siasatan pada 1984.

Shaharuddin berkata beliau mempunyai visi untuk meningkatkan prestasi JPJ namun ia tidak bermaksud pada masa ini JPJ bermasalah.


“Kami (JPJ) adalah baik dan kami mahu membawa (prestasi) diri kami ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Katanya JPJ juga akan meningkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan yang mempunyai kaitan dengan bidang tugasnya seperti Polis Diraja Malaysia dan pihak berkuasa tempatan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • JPJ

Kategori