KANGAR – Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) yang diwujudkan untuk menjadi jentera transformasi sosial di kawasan bandar juga berperanan sebagai penghubung antara komuniti bandar dan kerajaan selain memupuk perpaduan masyarakat bandar.
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata JPP juga adalah pelengkap kepada semua pertubuhan dalam kawasan perbandaran.
āPengiktirafan yang diberikan kerajaan kepada JPP adalah inisiatif dan penghargaan untuk masyarakat bandar,ā katanya kepada pemberita semasa ditemui pada majlis penyampaian watikah pelantikan JPP Perlis sesi 2016-2018 serta sesi āTownhallā di Dewan Warisan di sini, hari ini.
Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man menyampaikan watikah itu kepada 240 orang yang dilantik bagi penggal kedua bermula 1 Okt 2016 hingga 30 Sept 2018, menjadikan Perlis mencapai 100 peratus keanggotaan JPP.
Menurut Halimah sehingga 31 Ogos lepas, sebanyak 2,272 Zon JPP di Semenanjung Malaysia dengan keanggotaan seramai 14,726 orang telah diwujudkan. – BERNAMA