Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kamal Adli Nafi Punca...

HAI, kesian sungguh nasib Kamal Adli yang tak pasal-pasal dituduh sebagai orang ketiga...

Curi Balak: 10 Termasuk...

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan polis di Sarawak, adalah antara 10 yang...

Polis Siasat Sindiket Raja...

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengesan...

Barangan Rumah Che Ta...

DAMANSARA - Pelbagai barangan rumah milik aktres Rozita Che Wan bernilai hampir RM100,000...

Jual Vellfire, Chef Wan Jimat RM10,000 Sebulan

NAMANYA antara yang disebut-sebut kerana telah mengharumkan nama Malaysia dalam bidang masakan. Siapa lagi kalau bukan cef selebriti terkenal, Chef Wan.

Baru-baru ini dia telah memuat naik satu posting menerusi laman Instagram yang berjaya mencuri perhatian ramai netizen.

My Chinese neigbour living a few doors away across me oftened take their little cute poodle out for a walk each morning together with her own mother. This morning she said to me as i was weeding the lawn. “Eh lu kereta semua mana pigi tak dak nampak banyak lama!”. I said to her ” Tu la semua olang ada 4 ke 5 kereta depan rumah saya satu pun tak ada sudah jual naik uber la!” Nyonya tak mau sewa ke ini depan kasi taruk lu punya kereta? Dia jawab ” wah lu manyak pandai la tak payah pening kepala mau layan ini driver punya perangai dan org Gaji semua. Saya kasi kerja lebih dia tarik muka masam semua pun baling2 itu mcm lor. So we chat and laughed about all this drivers and maids behaviour. I just loved not having any liabilities, perangai drivers2 ni mau pun any car expenses since i sold my Vell fire more than 8 months ago. Is the best thing i have ever done! No stress and no more worries. Tinggal hutang rumah sikit lagi nak habis another 3 years and i am free as the birds to fly anywhere i want. Pun early next year i will be travelling alot again filming so no point my car sitting at the garage for weeks and driver pulak gaji buta. Kita kerja setengah nyawa nak gaji kan dia. Dia pulak jadi Tuan cuti yg lebih. Jika rajin tu tak apa la. Dapat yg pemalas dan buat perangai baik la jangan. Nasib ada uber these days boleh kurang kan cars on the road. Infact i managed to save almost rm10,000 a month easily aja by not having a car and a driver that i am so used too for the last 20 yrs. Dah la tak tahu drive tak payah la ada kereta lagi. My driver ke or Uber driver ke all take me to my destination from point A to B. Cuma kereta aja lain. Sebab saya tak kisah pasal prestige having a branded and luxury car memang la senang hidup naik Uber hari2! Depan rumah senang nak sapu daun kering pun yg melayang layang each day. No hutang kereta..no stress perangai driver and they get me to where i want to go. Duit lebih itu boleh la guna untuk sedekah kepada yg memerlu kan nya untuk saham akhirat saya i told those two nyonya pagi tadi. Sometime it feel good to be able to sacrifies kemewahan kita sendiri dan guna kan rezeki itu untuk org lain atau bayar gaji driver Uber yg cari rezeki!

A post shared by chef wan (@chefwan58) on

Mana taknya, dalam posting tersebut dia menyatakan dia mampu berjimat sebanyak RM10,000 sebulan. Haaa… apa sebabnya?

Katanya, dia telah menjual kereta mewah Vellfirenya lapan bulan lalu dan angka itu dapat dijimatkan setiap bulan.

I just loved not having any liabilities, perangai drivers ini mahu pun any car expenses since I sold my Vellfire more than eight months ago. (Saya gembira tidak mempunyai apa-apa liabiliti, perangai pemandu mahu pun perbelanjaan kereta sejak saya jual Vellfire saya lebih lapan bulan lalu.)

Is the best thing I ever done! (Ianya merupakan perkara terbaik saya pernah lalukan!)

“In fact I managed to save almost RM10,000 a month easily saja by not having a car and a driver that I am so used too for the last 20 years (Bahkan saya mampu jimat hampir RM10,000 sebulan senang-senang saja hanya dengan tidak mempunyai kereta dan pemandu yang saya sudah biasa gunakan sejak 20 tahun kebelakangan ini), tulisnya.

Chef Wan filming in London

Kisah dia menceritakan hal ini bermula apabila kebetulan bersembang dengan jirannya yang menegur halaman rumah Chef Wan kosong tanpa ada kereta.

Disebabkan itu, ayah kepada pelakon Serina ini mengakui dia telah menjual keretanya dan hanya menggunakan perkhidmatan Uber atau juga Grab.


Menurutnya, dia sudah tidak perlu risau dan memikirkan kerenah pekerja yang makan gaji dengannya.

No hutang kereta, no stress perangai driver and they (Uber and Grab driver) get me to where I want to go (Tiada hutang kereta, tiada tekanan kerana perangai driver dan mereka (pemandu Uber dan Grab) boleh bawa saya ke mana-mana sahaja saya mahu pergi), tulis hos kepada rancangan Ole Ole Chef Wan ini lagi.

Dia juga tidak berasa malu untuk menaiki perkhidmatan Uber dan Grab setiap hari. Ini kerana dia tidak kisah dengan prestij dan namanya sebagai seorang cef selebriti untuk tidak mempunyai kereta mewah.

“Sebab saya tak kisah pasal prestige having a branded and luxury car (memiliki kereta berjenama dan berprestij). Memang la senang hidup naik Uber hari-hari!” tambahnya lagi.

Jadualnya yang padat travel ke luar negara untuk urusan penggambaran juga menjadi punca dia menjual kereta tersebut. Katanya tiada sebab untuk membiarkan kereta itu hanya tersadai lama-lama di garaj.

Dalam pada itu, Chef Wan ada menyelitkan sedikit peringatan kepada dirinya yang mana rezeki lebih itu boleh disedekahkan kepada yang memerlukan selain jadi saham akhiratnya kelak. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori