Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

M’sia Kaji Balik Diplomatik...

RAUB - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengarahkan Kementerian Luar...

Video: Datuk Farid Ridzuan...

KUALA LUMPUR - Perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) 2017 yang diadakan selama...

Pemandu Terlibat Tragedi Berbasikal...

JOHOR BAHRU - Polis menafikan dakwaan kononnya wanita yang merempuh sekumpulan remaja lelaki...

Dr Azmi Fail Permohonan...

KUALA LUMPUR - Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Azmi Sharom...

Jualan Syiling Peringatan Sukan SEA Menggalakkan

KUALA LUMPUR – Jualan syiling peringatan sempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 oleh Bank Negara Malaysia (BNM), mendapat sambutan yang menggalakkan, dengan lebih 2,000 membuat tempahan, atau empat kali ganda berbanding jualan sebelum ini.

Jualan duit syiling peringatan melalui tempahan secara dalam talian itu dimulakan pada 29 Ogos 2017.

BNM juga memperkenalkan proses pengundian baharu menggunakan komputer untuk duit syiling yang terlebih tempahan, dan proses tempahan dan pengundian itu disaksikan oleh juruaudit dalaman bank bagi memastikan integriti dalam proses pengundian, kata BNM dalam satu kenyataan hari ini.

Keputusan tempahan boleh diperoleh secara dalam talian di www.bnm.gov.my, di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia dan pejabat-pejabat BNM di seluruh negara.

BNM berkata bank pusat itu juga melanjutkan tempoh pengambilan bagi membolehkan pembeli yang berjaya, membuat pembayaran dan mengambil duit syiling mengikut keselesaan mereka.

“Pembeli yang berjaya boleh berbuat demikian dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang mulai 8 hingga 12 Sept 2017 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (setiap hari, termasuk pada hujung minggu dan cuti umum) dan di pejabat-pejabat BNM di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu (hari bekerja biasa),” kata BNM.


Menurut BNM pembeli perlu datang sendiri dan menunjukkan pengenalan diri yang sah untuk mengambil tempahan (MyKad untuk rakyat Malaysia/Pasport untuk bukan rakyat Malaysia).

Duit syiling yang tidak diambil selepas 4.00 petang 12 Sept 2017 akan ditawarkan kepada pembeli dalam senarai simpanan undian.

BNM juga berkata jualan runcit duit syiling Emas Nordic akan mula dijual di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia mulai 13 Sept 2017. – BERNAMA

Kategori