Sunday, July 7, 2024

Creating liberating content

“Muhyiddin Khianati Saya” –...

PAKATAN Harapan (PH) akan mengusulkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri kelapan Tan...

Perlembagaan Tidak Halang Bukan...

KUALA LUMPUR - DAP menegaskan bahawa parti itu akan memilih Ketua Umum Parti...

Sri Lanka Isytihar Darurat

COLOMBO: Presiden Sri Lanka mengisytiharkan darurat semalam, dengan memberikan kuasa menyeluruh kepada pasukan...

Operasi Cari Kapal Karam...

JAKARTA: Operasi mencari kapal KM Sinar Bangun yang dipercayai tenggelam bersama lebih 100...

Kabul Bergegar Menjelang Lawatan Ketua NATO

KABUL – Satu letupan disusuli bunyi tembakan menggegarkan kawasan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai di Kabul Afghanistan pada Rabu, lapor agensi berita China Xinhua.

“Letupan berlaku kira-kira pukul 11.00 pagi (0630GMT) di satu daripada pintu masuk di bahagian utara lapangan terbang berkenaan. Ia kemudian disusuli bunyi tembakan,” kata seorang saksi kejadian Mohammad Wasim kepada Xinhua.

Sejurus selepas kejadian, helikopter tentera berlegar di ruang udara di kawasan kejadian dan siren lapangan terbang turut kedengaran.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri Afghanistan, Najib Danish menerusi akaun Twitternya menulis, satu letupan berlaku di kawasan sekitar lapangan terbang namun tiada kecederaan dilaporkan.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.


Serangan berlaku menjelang lawatan ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan setiausaha pertahanan Amerika Syarikat ke Kabul.

Pada Ahad, tiga orang awam cedera selepas konvoi tentera NATO diserang di barat Kabul. – BERNAMA

Kategori