Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Polis Marin Rampas Diesel,...

Kuching: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak menahan sebuah kapal tangki di...

Kerajaan Fokus 3R Dalam...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memfokus pada 3R iaitu mempercepat pemulihan (recovery), memperkukuh...

12 Maut, 3 Cedera...

TEXAS - Seramai 12 terbunuh dan tiga cedera dalam nahas membabitkan van dan...

China Tuduh Malaysia Langgar...

KUALA LUMPUR - China membantah tindakan Malaysia membuat serahan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu...

Kaedah Menilai Pembangunan Manusia Harus Dikaji

IPOH – Kaedah umum yang digunakan untuk menilai pembangunan dan kemajuan manusia di negara ini harus dikaji semula untuk menangani pelbagai isu seperti kesejahteraan sosial, pembangunan serta kemanusiaan, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah prestasi ekonomi negara secara tradisinya diukur berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta indeks pembangunan manusia untuk menilai pelbagai kebajikan sosial termasuk kesihatan dan pendidikan.

“Kita harus menyedari bahawa pelbagai penunjuk yang lebih luas diperlukan untuk memantau trend pembangunan dan kemakmuran,” titah baginda pada perasmian Dialog Pangkor 2017 (PD 2017) di sini hari ini.

Acara dua hari itu yang bertemakan ‘Memacu Masa Hadapan: Landasan Inovatif Ke Arah Pembangunan Mampan’ anjuran Institut Darul Ridzuan (IDR) adalah platform untuk membincangkan isu-isu berkaitan pembangunan sosioekonomi dan kelestarian.

Sultan Nazrin juga menarik perhatian bahawa banyak pekerjaan yang didapati sekarang mungkin tidak lagi wujud pada masa depan disebabkan oleh teknologi baharu pada masa kini.

“Satu kajian menunjukkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 700 kategori pekerjaan berlainan sekarang, mungkin sepenuhnya automatik pada tahun-tahun akan datang,” titah Sultan.


Baginda juga menekankan bahawa modul pembiayaan baharu diperlukan untuk menggerakkan sumber yang mencukupi untuk menutup jurang pembiayaan pembangunan dan kemanusiaan.

“Beta ingin mencadangkan peranan kewangan Islam adalah amat penting. Daripada krisis kemanusiaan yang berlaku di dunia hari ini, 90 peratus berlaku di negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan 31 daripada 33 konflik hari ini berlaku di negara majoriti Islam,” titah baginda. – BERNAMA

Kategori