Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ribut, Angin Kencang Ekoran...

KUALA TERENGGANU - Ribut kencang di beberapa kawasan di sekitar bandar raya ini...

Kerajaan Patut Beri Saringan...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat kerajaan...

Lim Enggan Komen Khabar...

GEORGE TOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng enggan memberi komen...

Portal Digital Usaha Sama...

JOHOR BAHRU - Perkhidmatan digital atau portal digital usaha sama antara Pertubuhan Berita...

Kaji Jenayah Siber Terhadap Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman mengadakan lawatan kerja ke Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini bagi mengkaji amalan terbaik pengurusan jenayah siber termasuk berkaitan pornografi dan eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak.

Lawatan empat hari bermula 11 Sept itu bertujuan meneliti jenis ancaman jenayah seksual alaf baharu yang membabitkan keselamatan kanak-kanak, sekali gus sebagai susulan penggubalan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 dan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak.

“Lawatan kerja rasmi itu juga meningkatkan kerjasama antarabangsa dalam pertukaran maklumat dan kepakaran teknikal dalam aspek tertentu, sekali gus mengukuhkan lagi hubungan diplomatik antara kedua-dua negara,” demikian menurut kenyataan media yang dikeluarkan pejabat beliau hari ini.

Susulan lawatan itu, pelbagai bentuk usaha sama antarabangsa akan dikaji dan diwujudkan dengan pihak penguat kuasa undang-undang di AS bagi memperkasa pentadbiran, proses kerja, infrastruktur dan teknologi yang digunakan bagi menambah baik proses keadilan jenayah negara ini.

Beberapa perjumpaan telah diadakan termasuk dengan Peguam Daerah New York Cyrus R. Vance Jr.; Pemangku Peguam New York Selatan Joon H. Kim; Ketua Bahagian Jenayah Pejabat Peguam Negara New York Selatan Lisa Zornberg; Penolong Peguam Negara dan Penyelaras Jenayah Siber Eun Young Choi dan Ejen Khas Biro Penyiasatan Persekutuan Jabatan Kehakiman AS John Robertson.

Kenyataan itu juga menyebut Azalina bersama-sama isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan MasyarakatDatuk Seri Rohani Abdul Karim melawat Pusat Kebangsaan bagi Kanak-kanak Hilang dan Dieksploitasi (NCMEC) di Washington.


“Lawatan ke NCMEC itu membolehkan Malaysia mempelajari dan mendapatkan pandangan mengenai isu yang diperjuangkan oleh badan tersebut, khususnya dalam membantu usaha mencari kanak-kanak hilang dan laporan mengenai eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu kerajaan bercadang mengadakan pelbagai kerjasama strategic dengan NCMEC bagi melindungi kanak-kanak daripada sebarang exploitasi seksual.

Jawatankuasa Bertindak Berkaitan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak pula akan meneliti dan mengkaji pendekatan yang dilakukan oleh NCMEC untuk dilaksanakan di Malaysia mengikut kesesuaian semasa, kata kenyataan itu. – BERNAMA

Kategori