Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Siti Nurhaliza Rai Hari...

KEJUTAN... Tentu pendengar radio Hot FM terperanjat dan terkesima pagi ini apabila mendengar...

Piala Malaysia: PAFA Rakam...

IPOH – Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) merakamkan penghargaan kepada pihak polis kerana...

11 Orang Maut Dalam...

RABAT - Banjir yang berlaku berikutan hujan lebat mengorbankan 11 orang di Maghribi,...

Bajet 2022: Inisiatif Jaminkerja...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menyediakan 600,000 peluang pekerjaan pada tahun hadapan di...

KDN Gubal Akta Berkaitan Peranti CCTV

JOHOR BAHRU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menggubal akta berkaitan sistem kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengawal dan memperluaskan penggunaannya di negara ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, ia bertujuan meningkatkan keselamatan yang bertindak sebagai pencegah dan perekod jenayah yang berlaku khususnya di kawasan tumpuan orang awam dan akan diwajibkan pemasangannya.

Katanya, penggunaan CCTV sedia ada tidak meluas dan masih merakam dan menyimpan visual atau imej secara pasif yang tidak boleh diolah oleh perisian.

“Jadi dengan pengunaan CCTV yang dilengkapkan dengan perisian pengesan wajah untuk mengenal pasti wajah, ia akan dapat mengesan dan membantu pihak polis untuk mengawal sesuatu keadaan dan menjalankan siasatan selepas berlaku jenayah,” katanya kepada pemberita pada sesi lawatan ke beberapa balai polis di sini hari ini sempena Program Jejak Perwira Malaysiaku Negaraku di sini hari ini.

Berkenaan dengan spesifikasi CCTV yang dimaksudkan, beliau berkata balai polis terdekat akan dihubungkan ke tempat-tempat awam yang akan diletakkan CCTV dan imejnya mesti berdefinisi tinggi (HD) yang boleh diperbesarkan.

“Perisian CCTV itu juga boleh mengenal pasti wajah seseorang melalui rekod di Jabatan Pendaftaran Negara atau pihak polis sendiri, maka harapan untuk kita menangkapnya adalah tinggi menerusi imej yang dirakam,” tambah Nur Jazlan.


Selain itu, katanya imej yang dirakam CCTV boleh dapat digunakan sebagai bukti kukuh dalam pendakwaan di mahkamah.

Sambil mengambil contoh kejadian seorang anggota polis ditembak dan ditetak di Balai Polis Pinggiran USJ, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini, Nur Jazlan berkata, sistem CCTV di balai polis harus dipertingkatkan bagi mengelak perkara sama berulang.

Pada awal pagi 31 Ogos lepas, seorang anggota polis ditemukan mati dengan kesan tembak dan tetak di balai polis tempat dia sedang bertugas. – BERNAMA

Kategori